Pada tahun 2014 suami dah bagi hint2 nak anak lagi. Tetapi secara jujurnya saya belum bersedia dari segi mental/emosi. Anak pertama baru je lahir Jun 2013. Alhamdulillah suami izinkan untuk delay sehingga hujung tahun 2014 saya telah bersetuju. Untuk 2 bulan pertama tu relax2 je dulu, taklah terdesak nak hamil. Tapi hairanlah pula kenapa tak lekat2 ni? Ialah anak pertama dulu senang je lekat tanpa ada masalah. Dari situlah saya buat research dan berkenalan dengan OPK. Rasanya bulan desember saya mula mencuba (sorry takde gambar result). Tapi tak ada apa2 berita baik lagi...
JAN 2015
Ceritanya OPK ni saya beli online dari seseorang yang tengah nak habiskan stok (taknak berniaga lagi). Dia jual murah RM0.80/piece. So bedallah kan. Nak try pula pasal. Ini result saya:
#1 OPK (sensitivity 10miu)
Sebelum celup mesti puasa dari minum air selama 3 jam. Saya buat dalam 3-4pm setiap hari. Lepas buat ni saya naik sangsi lagi. Apasal hanya SATU jalur je muncul? Aku ni subur ke tak??? Pada CD27 ada 2 jalur pun halusssss je.
Oh ye CD = Cycle Day. Meaning CD1-CD7 saya period. Memandangkan saya punya cycle AVERAGE selama 36 hari so saya start cari hari subur dari CD16. Result? Ofcourse mengecewakan.
FEB 2015
Awal bulan saya dah mengamalkan minum Qaseh Gold Adinda.
Saya pun terjumpa FB: Upt & Opk Murah 80 sen
Tempat2 lain macam mahal je. Ialah kita nak beli bukan 1 2 3 pcs je... Lagi-lagilah cycle saya panjang mesti banyak menggunakan OPK. Waktu nak beli saya consult bla bla bla... dan bayar je. Pastu saya tanyalah sensitivity opk dia jual ni berapa? Katanya 25miu. Saya cakaplah bulan lepas saya guna yang 10miu punya. Terus dia cakap "sis, saya refund lah duit awak sebab kalau yang 10miu tak detect hormon, yang 25miu lagilah tak boleh. Hormon u low sangat kot". Serta merta dapat balik duit saya. Sedih tak dapat beli tapi saya SANGAT2 puas hati dengan servis dan KEJUJURAN seller ini. Saya memang recommend kat uolls yang nak jimat & takde masalah hormon ye!
Pastu skodeng2 fb sana sini saya pun terjumpalah FB: Mommies Journey
Dia jual OPK sensitivity 10miu dengan harga RM0.90/piece. Setakat ni yang murah lah. Here's my test results:
#2 OPK (sensitivity 10miu)
Alhamdulillah timbul juga 2 jalur terang pada CD19 (dalam gambar tak jelas kot tapi depan mata terang dah tuu). Ovulation dijangkakan dalam masa 24jam-36jam lagi. Get ready untuk 'bersama' suami.
MAC 2015
Kalau dah buat entry bulan mac mestilah tak berjaya hamil bulan lepas... Huwaaaa!!!
Takpe2 kata suami yang sungguh POSITIF! Belum rezeki kita lagi. Sabarlah dan banyakkan berdoa.
Ini result bulan ni:
#2 OPK (sensitivity 10miu)
Saya masih menggunakan OPK stick yang sama. Pada CD18-CD19 ialah OPK positive. Tapi masih tidak berjaya hamil bila period muncul pada CD34.
APR 2015
Kebetulan FB: De Aifa Pregnancy and Ovulation Test Strip
buat sale RM0.70/piece kot tak salah saya... Pe lagi... Berjaya beli pada saat2 terakhir sebelum closing hehehe...
#3 OPK (sensitivity 10miu)
Nak review sikit pasal stick ni. Saiznya lebar banding brand yang saya beli dulu-dulu tu. Bagi mata saya yang kabur, puas hatilah tengok result dengan jelasnya. Tapi yang buat saya hairan lagi, apasal kali ni OPK positive terganggu. Awal pula pada CD14 atau CD16 tu... Selain itu saya puas hati dengan tahap hormon yang makin meningkat banding bulan2 sebelumnya. Selepas CD22 tu memang jalur semakin tak jelas, nipis dan menghilang. Confirm lepas CD16 tu ialah DPO1 = Day Past Ovulation 1.
Hari yang ditunggu2 untuk period tak kunjung tiba. Hati sudah dubb dapppp... Nak kata berjaya hamil? Tak nak menaruh harapan setinggi Mount Everest. Sebab? Pinggang ni hah rasa macam nak patah je sakitnya. Macam sakit nak period tu... Sabar je lah. Pada CD39 akhirnya kena pakai pad (faham2 lah ye) hahaaa...
QASEH GOLD ADINDA
Eh? Eh? Kenapa tiba-tiba nak cerita pasal supplement makanan sunnah? Seperti yang anda lihat dari awal tahun sehingga sekarang, keputusan OPK saya makin menunjukkan 2 jalur dengan terang. Syukur ini hasil dari mengamalkan produk Qaseh Gold Adinda. Dulu hormon rendah sangat, dengan harapan in shaa Allah hormon saya sedang diperbaiki pada saat ini. Yang pasti saya akan terus mengamalkannya. Sekadar 2-3 botol tak boleh berputus asa lagi... Lagipun produk ni bukan untuk wanita yang nak hamil sahaja! Ini adalah gabungan makanan sunnah. Senang je semua ramuan dalam 1 botol. Untuk kesihatan diri :) Dilain post saya akan ceritakan sedikit sebanyak rahsia kebaikannya.
Habis tu kenapa saya tak hamil lagi?
Saya sudah berikhtiar. Makan folic acid... Jumpa doktor bagi pil clomid (tapi tak berani makan lagi sebab doktor tak pantau pun!)... Minum Qaseh Gold Adinda + Sole... Cuma rezeki untuk hamil tu cepat / lambat Allah SWT belum kurniakan lagi. DIA yang maha mengetahui saat yang PERFECT buat kami berdua. Ada lagi pasangan yang subur mengambil masa bertahun2 lamanya untuk zuriat pertama kedua ketiga dot dot dot mereka... Betullah mungkin kami masih ada kekurangan yang perlu disempurnakan terlebih dahulu.
Mungkin ada diantara pembaca berfikir, saya dapat baca/lihat OPK positive tu disebabkan menggunakan brand yang berbeza. Bukan disebabkan Qaseh Gold Adinda tu pun. So saya sertakan juga gambar untuk perbandingan:
Ok seperti yang anda dapat lihat, ketiga-tiganya menunjukkan 2 jalur. Saya buat test ini pada hari dan saat yang SAMA. So bagi sayalah, OPK #1 #2 #3 sama je... Yang membuatkan result saya berbeza dari januari-april ialah HORMON.
MAY 2015
Waktu untuk mula ber-OPK in shaa Allah pada hujung bulan ini. Apa2 pun saya berdoa & minta anda juga doakan supaya kami dapat dikurniakan anak lagi. Bukan kami sahaja, malahan doakan kepada semua pasangan yang sedang berusaha. Barulah saya dapat rasa betapa peritnya mereka yang menunggu saat2 bergelar seorang wanita hamil / ibu. Dengan ini juga makin saya rasa sayang dan hargai anak lelaki sulung saya yang seorang diri tu hehehe... Kesian dia takde kawan lagi...
**Info tambahan untuk OPK.
- Jangan minum air selama 3 jam sebelum test OPK
- Test OPK sesuai dilakukan antara jam 12 tengahari - 8 malam.
- Bila OPK positive rajinkan diri BD = Baby Dancing / "bersama" suami selama 3-4 hari. Selepas itu selang sehari. Tapi bagi yang rajin tiap2 hari tu silakan lah hehehehe...
- Perhatikan CM = Cervical Mucus / cairan dari faraj pada hari subur.
Panduan bila sesuai mula menggunakan OPK
(first timer please test earlier to know your pattern)
OPK result
Oklah dah takde update lagi. Sekiranya terkurang maklumat atau salah, sila tegur ye.
Sekian...