Wednesday 15 June 2016

Pengalaman Bersalin di Hospital Selayang 2016

Setahun yang lalu saya blog bercerita mengenai kelahiran anak sulung DISINI. Sekarang cerita baru pula :) Pengalaman yang masih fresh diingatan.

My expected due date: 24 Mei 2016.

Suami saya cakap mesti tak lahir ikut tarikh tu sebab tarikh scan saya lebih tepat banding tarikh LMP (last mestrual period) iaitu 27-28 Mei 2016. Barang-barang dah pack simpan dalam kereta. Hospital Selayang menjadi pilihan sebab paling dekat dengan rumah kami.

>>>SORRY IKLAN JAP. SILA ADD FACEBOOK ONLINE SELLING SAYA. TQ!<<<

28 Mei 2016

Overdue sudah. Appointment pun dah habis. Cuma dapat surat dari doktor untuk serah diri ke hospital 30/31 Mei kalau masih tiada tanda bersalin. 

Pagi 10am ada discharge mengalir. Eh air ketuban ke? Takpe tunggu dulu mana tau ada mengalir lagi, barulah pergi hospital. Tak banyak pun. Tapi takde tanda dah. So let it be...

Lepas isyak kami pun geraklah ke Giant, Batu Caves. Nak makan spaghetti meatball. Mesti ada meatball!!! Haha dah berhari minta kat suami. Akhirnya dapatlah menjamu selera di Secret Recipe. Waktu ni perut dah kejap2 sakit. Nak makan pun tak enjoy sangat. Suami tanya contraction ke? Saya  jawab bukan kot cuma baby duk sondol2 kebawah. Rasa ngilu disitu...

Sampai je rumah masih boleh bedal kek yang dibungkus tadi. Haha dalam hati ni, lantaklah makan sekarang daripada terlambat. Nanti kena pantang2 dah susah~ Kan...

11:30pm


Ohhh I can not tahan!!!

Nak ke hospital sekarang jugak. By now boleh confirm sakit itu adalah contraction hahaha every 6 mins dah. Last minute pack barang anak sulung untuk dihantar ke rumah ipar yang tak berapa jauh dari hospital. Kesian pula mengganggu orang malam2 buta ni.



29 Mei 2016

12am++

Sampai kat hospital je sekuriti dipintu bawah tu sambut. Tolak saya masuk dalam. So friendly! Sempat borak2 pendek. Pastu sampai je kat ruang menunggu wad bersalin tengok kiri kanan, sunyinya. Macam hampir2 takde pesakit. Syukurlah sebab mesti kejap je saya kena layan. Tapi kat atas meja admin ada sign "WAD PENUH/KATIL PENUH"". Oh tidakkk!!! Saya taknak tunggu bersalin sambil duduk mcm pengalaman dulu.


12:30am



Waktu ni dah hampir selesai VE & CTG. Doktor & nurse ngantok kot sebab tarak mau senyum langsung. VE pun manyak kasar tapi dapat doktor wanita, syukurlah sikit. Baru 3cm tapi contraction dah kerap. Alhamdulillah mereka dapat berikan wad on the spot. Saya request wad 2nd class. Sebelum masuk wad, doktor cakap nak inject painkiller tak? Sebab dah malam. Takut lama lagi saya nak bersalin, baik simpan tenaga dengan tidur je. Tapi sesetengah wanita takkan rasa effect ubat ni kalau dah terlambat. Saya pun terima je sebab memang nak tidurlah waktu2 cenggini. Pastu suami pun uruskan bayaran & sign paper itu ini.



1:30am

Saya ditolak masuk wad. Tukar baju pink. Suami pun disuruh tunggu diluar sebab ini bukan waktu melawat. Kedua tangan saya sempat sambut cium tangan suami. Contraction masih boleh saya tahan. Kesan ubat mengantuk dah terasa so jom tidur.

3:00am

Ini waktu terakhir yang sempat saya tengok pada fon. Selepas tu Ya Allah!!! Sakit yang amat2 sakit kurasakan. Saya bergelut sendirian. Tarikkkkk hembussss nafas. Confirm katil2 sebelah ni boleh dengar nafas kasar saya dengan jelas. Saya cuba tahan mengerang kesakitan. Waktu ni saya cuma mampu baring mengiring je dan berserah hehehe...

Rasanya dah boleh kot tekan butang kecemasan tu. Sorang nurse datang buat VE katanya baru 5cm. Dia pun nampak relaks je. Mungkin nak siap sediakan saya ke wad bersalin dah. Tiba2 contraction makin menjadi2 pada saat tu juga. Doktor pula yang datang untuk pastikan. Yg ni doktor lelaki melayu kot (saya dah tak dapat fokus). Ya masih 5-6cm. Saya dengar tu macam nak pengsan je berapa lama lagi boleh saya tahan kesakitan ini? Pastu tak semena2 sorang wanita bilik sebelah menjerit AAAaaaaaaaaaaaa.....!!!!! Nurse pun jerit2 "doktor! doktor! kepala baby nak keluar dah". Doktor saya tu pun berlari keluar. Waktu doktor keluar tulah saya genggam erat tangan sorang nurse ni dan cakap "AIR!!!" hahahaha nasib baik dia faham. Terus cek ya ketuban puan dah pecah.

"Kuat sangat puan pegang tangan saya ni, saya nak panggil doktor kejap" tapi saya tak lepaskan so dia pun jerit "doktorrrr!!! doktor!!! patient nak bersalin dahhhhhh"

Sebenarnya doktor tu pergi bilik sebelah dalam 1-2-3 minit kot. Pastu dia buat VE lagi and said "FULL DIALATION". Terus saya terterannnnnnnnnnnn. Part ni macam best sikit haahaaa nurse pun tahu tak sempat so dengan katil saya tu terus meluru ditolak ke labour room. Huh terasa macam dalam movie lah nurse berlari2 sekuat tenaga. Sampai2 je tak sempat dan tak larat saya nak pindah katil, tak sempat nak lapik alas bagai, tak sempat suami temankan... Takpelah puan, PUSH!


3:23am


Baby pun tak sabar nak keluar. Senang je lepas episiotomy tu. Dushhh~ Tak tersekat2 lagi dah. Alhamdulillah another boy (3.55kg) in our family. Yang sambut adalah seorang nurse. Not a doctor (tak sempat dtg kot). Dia pun mula proses jahit saya. Terasa kasarlah juga tapi masih boleh tahan. Kejap je dia buat. Waktu ni badan saya masih terketar2 sebab kepenatan. Saya boleh dengar nurse panggil2 suami tapi takde respon. Aikkk mana pula suamiku ini? Terlepas sudah moment keemasaan. Saya pun teringat fon bawah bantal, so call dia. Suami ingat call untuk teman nak bersalin dan dia terkejut bila saya cakap baby is here! Haha.. rupanya dia keluar kebawah jap nak beli air. Tak sangka saya bakal bersalin secepat ini.



Yang amat saya puas hati, bila nurse2 ni semua selesai saya sedar dan berterima kasih pada semuanya. Dulu tak sempat saya buat sedemikian. Ialah kes saya rushing macam ni, saya boleh dengar lagi nurse semua tu tercungap2 bantu saya. Memang respect saya pada mereka, THANK YOU!



30 Mei 2016

Discharge. Sebenarnya semalam patut dah boleh keluar tapi baby tak buang air kecil & besar lagi. So doktor nak pantau dulu sampai ada "hasil" hehe... Lagipun saya rasa tak berbaloi kalau saya keluar pagi semalam dan bayar wad kelas 2 (rm250+ kot). Macam beberapa jam lepas bersalin je kan... Haaa so petang hari ini saya selamat balik rumah. Naik lah tangga tingkat 3 tu adoiii...

Sekian.

*Extra NOTE TO MYSELF
Gained 15kg throughout pregnancy (3kg more than previous pregnancy)
29/5/16: 65kg
1/6/16: 59kg
6/6/16: 57kg
13/6/16: 55.5kg
18/7/16: 56kg (ohh tidak!!)
21/9/16: 53.5kg
15/5/17: 51kg
14/6/17: 50kg

Tungku besi RM38.00 from Nawal Herbal Beauty official
Bidan urut KAK IDA (Sentul) RM350.00/3days : 0163881963
Bidan ni dah 50an umurnya tapi sgt puas hati dgn servis dia! Kalau yang tinggal jauh tu sila jemput ye sebab dia tak datang sendiri melainkan rumah dekat.

Tak minum air selusuh, milo, margerin planta bagai tu, telur mentah, or whatsoever petua2. Alhamdulillah hanya sakit 3jam & bukaan penuh dalam masa beberapa minit. Hanya mengamalkan ayat ini & minta ampun pada semua orang: