Wednesday 13 January 2016

Cameron Highlands - January 2016


Pada 11 Januari 2016 suami decided nak bawa kami jalan2 ke Cameron Highlands. Sesuai sangatlah memandangkan cuaca KL ni panas terik!!! Fenomena "El Nino" katanya? Bayangkanlah saya yg sedang hamil 5 bulan ni lagi terasa panas. Walaupun nak lari 2D1N pun bersyukurlah.

Bertolak 9 pagi. Lalu jalan yg elok lah sebab saya ni asyik mabuk perjalanan. Cabaran sungguh utk tidak muntah utk sampai ke atas sana hehehe... Alhamdulillah, tertidur kejap dalam kereta tu.

Kami stop di Lavender Garden.
Fee: RM8.00/adult
Kanak2 bawah 5 tahun FREE :)


Driver nak rehat. Isterinya pula nak jalan2. Anak pun bosan dalam kereta. Lega juga masuk sini. Attraction dia cuma bunga2 je. Mungkin musim ni agak panas so agak terasa. Mujur berangin sikit...

Sambung perjalanan, tak sedar dah 2pm. Patut lapar je hahaha... Kami stop lagi di satu kawasan tu. Saya tak tau apa nama tempat tu tapi hotspot tourists utk beli souvenirs. Agak jem sebab banyak kereta berhenti. Lunch di kedai Esah :) Nasi goreng pun mahal RM6.00 tapi dah xde pilihan lagi. Tengok2 kedai jual strawberry... jagung... sayur2... teh2 dll. We decided nak beli waktu balik nanti je lah.

RM20.00/tray
Lebih kurang 5 paket.
MANISSSS... tak macam strawberry masam yg biasa saya makan.

Ok then kami ke Brinchang nak check-in hotel. Kami belum tempah mana2 hotel. Ingat nak walk in je senang tanya2 harga, tengok2 hotel & tempat sekeliling dulu. Lagi pula bukan tengah musim sekolah so confirm 100% boleh dapat punya...

Lepas survey the other day, budget hotel ramai yg suggest Hotel Jasmine. Kami park depan2 hotel. Tanya2 harga bilik yg kami nak RM100.00/night. Tanya hotel sebelah lebih kurang. Tanya Hotel Remix sebaris tu RM79.00/night utk queen deluxe (no window) & RM89.00/night queen deluxe (window). Kebetulan hujan lebat!!! Apa lagi, check in je lah. Ada lift so no problem. Dapat tingkat 2, window facing kebelakang nampak bukit hijau. Ada privacy juga sebab takde bangunan lain hadap bilik.

HOTEL REMIX
Lot 12, Jalan Besar, 39100 Brinchang, Cameron Highlands
Phone: 05-4914729
Fax: 05-4912730
Web: www.hotelremix.com

 Email: htlremix@streamyx.com
Bilik ni kecil je. Katil pun cukup2 utk kami bertiga yg bukan berbadan besar, Bilik air bersih. Ada astro, wifi agak slow, and basic needs. Nak minta apa lagi? Cukup lah. Dah dekat 4pm hujan berhenti. Tak mau drive mana2, malas. Kami cuma jalan2 kaki tengok2 apa ada disana. Hari Isnin banyak kedai makan tutup. Kedai non halal tu berlambak. Basically pekan ni macam Limbang atau Labuan. Last2 mkn KFC dalam bilik je hahahaha... Bila malam menjelma, Ya Allah.... SEJUKNYAAAAA!

12 Januari 2016
Check out hotel early in the morning. Kami terus ke ladang teh utk hirup udara segar & selfie2.


Terus ke Tanah Rata utk sarapan pagi. Dan ke MARDI Agro Tech Park Cameron Highlands.
Fee: RM3.00/adult.
Lama juga kami pusing2 dlm sini. Hari ni cuaca sejuk je, best! Tengok bunga2, sayur2, arnab & jalan2 je. Nak pick strawbeerry kebanyakannya msh kecil. Diorg inform habis kena petik waktu cuti sekolah sebelum ni. Patut lar...


Dah nak tengahari tu kami pun balik. Singgah di Bee Farm but seriously macam tak menarik hehe... Nak singgah Butterfly Farm malas lah sebab hari tu ke Melaka tengok dah. Singgah lunch kat tepi jalan mana ntah then ke perhentian terakhir kami iaitu tempat beli strawberry, teh & jagung :) Pastu let the driver do his job while anak & isteri tercinta tidur utk elak muntah dalam perjalanan balik heeheheheeee... Bila dah sampai bawah tu lupa plak tengah panas terik membahang waaaaaaaa...

Sekian...