Thursday 17 December 2015

I'm pregnant ;)

Sebenarnya saya dah minta izin pada suami untuk kami lakukan ujian kesuburan pada bulan lepas. Waktu tu dia macam tak nak. Kebetulan mak tercinta datang cuti2 dirumah sewa kami ni. So saya pun postpone niat tu. Tapi cakap klu next cycle saya period, saya NAK buat ujian gak. Tak kira! Haha macam merajuk je. Ialah dah 1 tahun kami mencuba. Dia pun iyakan je.

September 2015

Okay saya buat opk ni pada awal bulan. Punyalah mati2 ingat sebelum CD14 mesti positif. Tapi tunggu punya tunggu CD18/19 barulah naik dua garis.


Dan disini saya nak share bbt chart yg baru 2 bulan try. Siapa yang faham carta ni mesti cakap something is very wrong here haha serius saya pun tak tahu kenapa suhu badan tak betul. Atau thermometer salah? Bulan lepas punya cantik je. Pastu sistem tak bagitahu bila O dengan garis merah tu kan... Saya agak2 mesti CD21 tu O sebab suhu naik mendadak dan hari2 sebelumnya opk +ve. Projek mega pun terhenti disana sebab suami penat bekerja dengan tugas kerja baru. Balik rumah dah lambat terus dia berdengkur hehe...  Saya pun start lupa catat bd lagi. Maaf saya tak konsisten ambil suhu badan awal2 tu. Betul2 lupa. Kadang bila dah ingat saya dah banyak bergerak. Lepas CD30 tu memang malas tak nak cek suhu juga sebab dah nak period...


Ikutkan calendar fertilityfriend.com ini saya dijangka period pada 14 September. Tapi ikut naluri saya rasa 20 September. Bila hari bendera merah sudah tiba saya rasa nak cek upt je. Sebab takde selera, asyik nak pitam je & mual2 sikit. Pagi2 dah sohsehsohseh cari simpanan upt dalam plastik, test, keluar bilik air jap untuk bagi masa, masuk masuk bilik air lagi. Macam tak percaya nampak double line! Eh iye ke... Jap keluar bilik air lagi kasi kepala otak clear. Pastu tengok lagi. Hahaha...


Saya tak tahu macam mana nak bagitahu suami. Punyalah happy sangat saya sengih tak ingat dunia. Suami tanya kenapa? Saya geleng kepala. Terus whatsapp dia walaupun duduk sebelah je pon! Serius kegembiraan merasuk saya sampai kelu lidah. Boleh pulak dia cakap "I dah expect dah pun...". Aik? Selamba dia.. "ialah pagi2 dah bising keluar masuk toilet pastu sengih jeeeeee". Tapi dia tak nak gembira sangat sebab takut2 salah test ke kan? Dia suruh saya cek lagi next week.

Saya pun pernah baca opk boleh detect pregnancy. Opk saya pun masih bersisa lagi so gatal tangan nak mencuba. Pada  23 September:


Fuyoo memang berkesan. Clear sangat test line tu. Dalam 10 saat je dah nampak. Tapi tak digalakkan guna opk untuk keputusan sahih. Sebab opk design nya utk cek LH surge. While upt utk HCG. But but... Ni pun dah buat saya happy.

Satu minggu sudah berlalu. Pada 27 September:

UPT

Saya sahkan lagi dengan ujian upt. Kali ni memang terpaksa whatsapp gambar pada suami sebab dia kerja sampai tak balik rumah untuk 2-3 hari. Barulah dia happy... Bersyukur... Siap tambah nasihat lagi "Allah dah tunaikan doa kita, DIA dah bagi rezeki, jangan lalai pulak!". Selamatlah encik suamiku ini daripada ditarik pergi buat fertility test hehehe...

Saya tak kisah dapat baby boy lagi atau girl pula this time around. Saya cuma doakan kehamilan saya berjalan dengan baik, baby membesar dengan sihat sempurna. Dan semoga hari kelahirannya nanti dipermudahkan & dikurangkan kesakitan. Yang saya rasa excited, expected due date sangat2 hampir dengan my boy. Beza beberapa hari! Boleh jadi lahir pada hari yang sama macam kes kakak saya tu. Tunggu lagi 2 minggu lah sebelum buat buku pink di kkia. Folic acid tak tinggal ye...

NOTE:
Semasa dalam proses trying to conceive (ttc) ini senarai ikhtiar kami:
  • Qaseh Gold Adinda & Kekanda
  • Mineral drop SOLE
  • Folic acid
  • OPK
  • Body basal temperature (bbt)
  • Tamar cocoa (breakfast - eh berkesan ke?)
  • Using lubricant sperm friendly Conceive Plus (or you can buy Pre Seed)
  • Dan... DOA kepadaNYA!
Emm ada nak add on dalam list ni lagi? Tak tahu lah pula, Tapi nak bagitahu ni pantang larang ttc saya langgar je. Bedal minum air kelapa, air sejuk, makan masam2 mcm tomyam & somtam, Apa lg ye? Haa saya angkat benda berat2 (bahaya ni!!! elakkan ye).. Thats all saya ingat. Di lain hari saya update lagi.

TTCians out there... Jia You!!! Never give up. Teruskan usaha! Tingkatkan kesabaran & doa. In shaa Allah sampai masanya giliran anda pula. Ikhtiar elok2 Saya doakan anda juga diberikan rezeki. Aamiin aamiin...