Tuesday 27 September 2016

Newborn admitted: UTI

Assalamualaikum...


UTI. Pernah dengar? Saya pertama kali dengar waktu anak lelaki ke-2 saya dimasukkan ke NICU Hospital Selayang. Kasihan sangat newborn ni. Ialah as I mentioned previously dia dilahirkan pada 29/5/2016 (3.55kg), kecik2 dah dapat benda ni. Ok saya cerita ek... Macam ni mulanya:


Anak saya ni kena cek darah di klinik setiap hari sebab ada jaundis. Tapi saya tak risau sebab bacaan dia dalam 10 mcm tu je jika nak dibandingkan dengan abang dia dulu lagi tinggi. Cek sampailah usia 2 minggu masih tak turun2, now he is considered prolonged jaundice. Doc bagi surat refer ke Klinik Pedriatik Hospital Selayang.


13/6/2016:
Saya dah tahu pakar perubatan ni nak buat apa sebab sama kes dengan anak pertama. Ambil darah dari tangan pula (biasa kat klinik cucuk kat tapak kaki je kan) & ambil air kencingnya. Heehe nasib lelaki. Klu anak pompuan saya kurang pasti macam mana nak buat. Adalah dalam 30 minit tunggu depan pampers dia tu. Yang buat saya sedih lagi bila berat badannya turun jadi 3.33kg sahaja. Kenapa ni??? Anak saya kuat menyusu! Doc suggest pam 2oz bagi setiap 3jam & feed. Sebab nak tengok progress baby.

16/6/2016:
Petang. Saya terima call dari doktor. Dia cuma mentioned untuk datang semula repeat test sebab bacaan liver tinggi & kencing tak elok. Tau tak apa rasanya bila dalam situasi ni? Tak pernah2 pengalaman macam ni. Hati betul2 tak tenang!

17/6/2016:
Pagi. Kasihan laaaaa anak saya tu. Cucuk ambil darah lagi! Nangis melalak2... Pastu nurse cakap diorg nak ambil air kencing dia. Saya cakap ok mana bekasnya? No no. Kali ni kami buatkan dan doc tiba terus pegang tube. Eh eh mak tunggu luar ye. Ya Allah! Nak amik air kencing dengan masukkan tube dalam zakar baby? Huaaaaa ni dengan maknya sekali nak nangis lagi! This process is call "urinary catheterization". Pastu dah tu nurse panggil untuk saya ambil baby. TAPI TAPI TAPIIIII mereka gagal. I dunno why or how??? Suruh saya susukan baby dan datang lagi 30 min untuk repeat test. Sakitnya ~ Beratnya dugaan :'(

23/6/2016:
Petang. Kali ni cek berat badan baby cuma 3.38kg dan sekali lagi saya tak sedap hati! Seorang baby sepatutnya naik berat badan dalam 1kg sebulan! Ni umur nak cecah 1bln macam tu pula? Dia sangat2 kuat minum. Saya pam & feed baby more than suggested! Doc cakap kuning baby saya dah takde. Okay~ So whats the problem? Mereka detected Escherichia Coli (E.Coli) dalam air kencing. Which is obviously not good! Terkejut saya dengar! Dan berat anak pun tak naik2 apa lagi "puan.. baby kena warded sekarang juga". Tak bawa apa2 pun waktu tu aduhhhh... Terpaksa minta pertolongan mertua jaga anak sulung. Barang2 niaga yang dijanjikanpun tak sempat nak poskan kepada pelanggan! Suami blk kerja hampir 11pm baru dapat barang2 untuk "check in 7D6N stay" heh.. Apakan daya, tidakku pinta semua ini berlaku.
My boy treated dengan antibiotik. Nak masukkan tu cucuk lah lagi! Jarum tu pula dibiarkan kat tangan untuk senang drip in.

24/6/2016:
Doc pakar buat rounding pagi ni. Dia explain sebaik mungkin kepada kami suami isteri. Puas hati dengar sebab saya pun banyak tanya. Harus byk tanya ok!! Pastu baby saya buat 
urinary catheterization for the 3rd time sebab doc betul2 nak pastikan takde contamination semasa proses collect urine sebelum2 ni. Sample dihantar ke makmal tanpa berlengah lagi.
So maybe bakteria E.Coli ni tengah serang dalam badan anak menyebabkan dia tak mampu nak tambah berat badan. Well make sense lah kan. Its ok we'll see how it goes.


25/6/2016:
Doc cakap bakteria detected dalam kencingnya ada 500 nak compared dengan orang biasa cuma 5. Arghh! Rasa nak gugur jantung ni.

26/6/2016:
Nurse suruh saya collect urine sample baby seawal 6am. Tapi huahuahua bangun 8am pulak! Mengantuk sangat ok sebab baby lena 5am tadi. Kali ni bagi peluang tadah dalam bekas sebab takut luka zakar baby asyik masuk tiub je kan. Siapalah yang sanggup!
Tengahari tadah lagi satu bekas urine baby. Kali ni suami ada dapatlah dia tolong senang kerja saya.


27/6/2016:
Anak saya dapat berat asalnya kembali. Syukur Alhamdulillah!
Tangan anak bengkak sebab lama sangat cucuk jarum. So cabutlah kesengsaraan dia tu sekejap.

28/6/2016:
Seawal 4am doc datang nak cucuk tangan baby sebelah lagi sebab nak masukkan antibiotik. Pastu bila baby datang balik ke katil aikk mana jarum? Jam 5am doc datang lagi bawa baby cucuk. Haishhh cucuk2 je kerjanya kan.
Doc pakar datang informed keputusan air kencing 26/6 tu dah ok. Clear! No problem! Syukur... syukur! Berita yang dinanti2kan. Tak perlulah penginapan ni diperpanjangkan lagi. Anak dah sihat!


29/6/2016:
My baby is officially 1 month of age :) Discharge from hospital! Yay!!! Hadiah paling best bagi mama. Tapiiii... tunggu... Harus lengkapkan antibiotik. Tak boleh balik awal sangat. Pagi ni doc ambil baby utk cucuk untuk ke sekian kalinya. Nak pastikan badan baby sihat untuk keluar hospital. Cucuk cucuk cucuk.. Tak suka dah dengar perkataan tu lagi.
Hari ini baby dah 3.7kg naik dah yeay! Dah sihat baru senang tambah lemak dibadan :)
Total cost charged: RM68.50


=============================================

NICU Hospital Selayang ni sejuk giler...! Sejuk beku. Fahamlah suhu rendah untuk kebaikan bayi supaya badan tak panas, supanya kuman2 tak membiak. I wish ada heater untuk ibu2 berpantang disana. Apa taknya, pakai baju + 2 jaket, 2 seluar, 3 stoking, 2 selimut. Waktu malam adalah waktu paling tak tahan. Syukurlah sikit dengan El Nino kat luar tu kan? Hehe... Makanan disediakan tengahari dan malam. Tapi lauk tak macam untuk yang berpantang. Sejuk pula! Air dalam thermos pun panasnya tak lama mana pun. Jari2 dah mengeras, kulit kering mati. Mula jadi kasar dan berdarah. Bibir kering walau minum air banyak2 dah pun. Tapi baby dibiarkan hampir2 bogel je. Kesian sangat tengok mereka semua.

=============================================


18/7/2016:
Doc bagi green light untuk vaksinkan anak. Sepatutnya cucuk 1bulan hari tu tapi under treatment tak boleh vaksin lah.
Ultrasound buah pinggang pula. Alhamdulillah elok sahaja. Pakar pernah mentioned 1/3 kids ada masalah buah pinggang while 2/3 sihat walafiat. Tapi bulan depan ada appointment untuk cek lebih detail di hospital pula.

=============================================


8/8/2016
Hari ni pergi X-ray department Hospital Selayang. Scan buah pinggang baby. Waiting time ok lah not bad. Baby kena buka pampers untuk permudahkan proses scan. Doktor tu buat fuhhh lama juga. Detail sangat. Lama sampai baby boy saya pancut kencing hahaha hampir kena doc. Sorry!
Pastu boleh balik. Result next week.


=============================================

15/8/2016
Excited tunggu hari ni. Suami pun ambil offday sebab tak mampu saya berjam2 sana dengan 2 org anak. Betul sangkaan saya. 4jam panas bontot tunggu giliran. Bila doktor panggil masuk bilik boleh plak cakap system down so tak dapat nak view report scan? WHATTTT!!! So dia cek badan baby gitu2 je, Huh! Tak tau nak marah sistem komputer, doktor atau staff sana. Atleast bagitaulah awal2 supaya tak ternantikan. Sia2 & penatttt sangat.


Beberapa hari kemudian doktor call. Cakap on the phone je. Conclusion: Syukur hasil report scan takde apa2 masalah.

Dan beberapa hari kemudiannya pula, "orang dalam" inform pasal keputusan report baby. Hehe sebenarnya saya minta tolong dia cekkan sebelum doktor hubungi saya tu hari.

=============================================

14/11/16
Next appointment
Still harus follow up~


=============================================

UTI
Urinary Tract Infections = Infeksi saluran kencing. Org kata kencing kotor? Entah ye kot~


Baby boy disarankan khatan sebaik dilahirkan untuk mengelak kejadian sebegini. Sebab peratus dijangkiti bayi lelaki lebih tinggi berbanding perempuan SEBELUM umur 1 tahun. Tetapi SELEPAS 1 tahun hinggalah tua, perempuan yang kerap dijangkiti.

Kenapa?
Kerana saluran air besar (anus) perempuan sangat hampir dengan saluran kencing (urethra). So kuman senang travel.

Bagaimana?
Hmmmm lepas tanya2 doktor pakar macam2 soalan & baca sana sini berkaitan UTI. Boleh kata disebabkan:

  • Cara membersihkan najis tidak betul. Elak guna wet tissue. Jirus dengan air! (ini saya buat)
  • Arah membersihkan najis salah, Harus basuh dari depan ke belakang. (ini saya buat)
  • Sembelit. So banyak kuman membiak kat large intestine.
  • Tahan kencing. Pun boleh buat kuman membiak di dlm pundi kencing.
  • Outsider. Kita, manusia yang handle baby! Tangan tu bersih ke tidak?
  • Kencing yang tak lawas. Maksudnya tengah kencing tapi entah bagaimana influks, air kencing yang sedang mengalir kebawah dalam saluran badan ni, tiba2 naik atas sikit. Eh mcmna nak explain eh? Hehe..
  • Kuman memang dah membiak dalam buah pinggang, akhirnya infect sampai pundi kencing.
  • Kun faya kun~ wallahualam

Wednesday 15 June 2016

Pengalaman Bersalin di Hospital Selayang 2016

Setahun yang lalu saya blog bercerita mengenai kelahiran anak sulung DISINI. Sekarang cerita baru pula :) Pengalaman yang masih fresh diingatan.

My expected due date: 24 Mei 2016.

Suami saya cakap mesti tak lahir ikut tarikh tu sebab tarikh scan saya lebih tepat banding tarikh LMP (last mestrual period) iaitu 27-28 Mei 2016. Barang-barang dah pack simpan dalam kereta. Hospital Selayang menjadi pilihan sebab paling dekat dengan rumah kami.

>>>SORRY IKLAN JAP. SILA ADD FACEBOOK ONLINE SELLING SAYA. TQ!<<<

28 Mei 2016

Overdue sudah. Appointment pun dah habis. Cuma dapat surat dari doktor untuk serah diri ke hospital 30/31 Mei kalau masih tiada tanda bersalin. 

Pagi 10am ada discharge mengalir. Eh air ketuban ke? Takpe tunggu dulu mana tau ada mengalir lagi, barulah pergi hospital. Tak banyak pun. Tapi takde tanda dah. So let it be...

Lepas isyak kami pun geraklah ke Giant, Batu Caves. Nak makan spaghetti meatball. Mesti ada meatball!!! Haha dah berhari minta kat suami. Akhirnya dapatlah menjamu selera di Secret Recipe. Waktu ni perut dah kejap2 sakit. Nak makan pun tak enjoy sangat. Suami tanya contraction ke? Saya  jawab bukan kot cuma baby duk sondol2 kebawah. Rasa ngilu disitu...

Sampai je rumah masih boleh bedal kek yang dibungkus tadi. Haha dalam hati ni, lantaklah makan sekarang daripada terlambat. Nanti kena pantang2 dah susah~ Kan...

11:30pm


Ohhh I can not tahan!!!

Nak ke hospital sekarang jugak. By now boleh confirm sakit itu adalah contraction hahaha every 6 mins dah. Last minute pack barang anak sulung untuk dihantar ke rumah ipar yang tak berapa jauh dari hospital. Kesian pula mengganggu orang malam2 buta ni.



29 Mei 2016

12am++

Sampai kat hospital je sekuriti dipintu bawah tu sambut. Tolak saya masuk dalam. So friendly! Sempat borak2 pendek. Pastu sampai je kat ruang menunggu wad bersalin tengok kiri kanan, sunyinya. Macam hampir2 takde pesakit. Syukurlah sebab mesti kejap je saya kena layan. Tapi kat atas meja admin ada sign "WAD PENUH/KATIL PENUH"". Oh tidakkk!!! Saya taknak tunggu bersalin sambil duduk mcm pengalaman dulu.


12:30am



Waktu ni dah hampir selesai VE & CTG. Doktor & nurse ngantok kot sebab tarak mau senyum langsung. VE pun manyak kasar tapi dapat doktor wanita, syukurlah sikit. Baru 3cm tapi contraction dah kerap. Alhamdulillah mereka dapat berikan wad on the spot. Saya request wad 2nd class. Sebelum masuk wad, doktor cakap nak inject painkiller tak? Sebab dah malam. Takut lama lagi saya nak bersalin, baik simpan tenaga dengan tidur je. Tapi sesetengah wanita takkan rasa effect ubat ni kalau dah terlambat. Saya pun terima je sebab memang nak tidurlah waktu2 cenggini. Pastu suami pun uruskan bayaran & sign paper itu ini.



1:30am

Saya ditolak masuk wad. Tukar baju pink. Suami pun disuruh tunggu diluar sebab ini bukan waktu melawat. Kedua tangan saya sempat sambut cium tangan suami. Contraction masih boleh saya tahan. Kesan ubat mengantuk dah terasa so jom tidur.

3:00am

Ini waktu terakhir yang sempat saya tengok pada fon. Selepas tu Ya Allah!!! Sakit yang amat2 sakit kurasakan. Saya bergelut sendirian. Tarikkkkk hembussss nafas. Confirm katil2 sebelah ni boleh dengar nafas kasar saya dengan jelas. Saya cuba tahan mengerang kesakitan. Waktu ni saya cuma mampu baring mengiring je dan berserah hehehe...

Rasanya dah boleh kot tekan butang kecemasan tu. Sorang nurse datang buat VE katanya baru 5cm. Dia pun nampak relaks je. Mungkin nak siap sediakan saya ke wad bersalin dah. Tiba2 contraction makin menjadi2 pada saat tu juga. Doktor pula yang datang untuk pastikan. Yg ni doktor lelaki melayu kot (saya dah tak dapat fokus). Ya masih 5-6cm. Saya dengar tu macam nak pengsan je berapa lama lagi boleh saya tahan kesakitan ini? Pastu tak semena2 sorang wanita bilik sebelah menjerit AAAaaaaaaaaaaaa.....!!!!! Nurse pun jerit2 "doktor! doktor! kepala baby nak keluar dah". Doktor saya tu pun berlari keluar. Waktu doktor keluar tulah saya genggam erat tangan sorang nurse ni dan cakap "AIR!!!" hahahaha nasib baik dia faham. Terus cek ya ketuban puan dah pecah.

"Kuat sangat puan pegang tangan saya ni, saya nak panggil doktor kejap" tapi saya tak lepaskan so dia pun jerit "doktorrrr!!! doktor!!! patient nak bersalin dahhhhhh"

Sebenarnya doktor tu pergi bilik sebelah dalam 1-2-3 minit kot. Pastu dia buat VE lagi and said "FULL DIALATION". Terus saya terterannnnnnnnnnnn. Part ni macam best sikit haahaaa nurse pun tahu tak sempat so dengan katil saya tu terus meluru ditolak ke labour room. Huh terasa macam dalam movie lah nurse berlari2 sekuat tenaga. Sampai2 je tak sempat dan tak larat saya nak pindah katil, tak sempat nak lapik alas bagai, tak sempat suami temankan... Takpelah puan, PUSH!


3:23am


Baby pun tak sabar nak keluar. Senang je lepas episiotomy tu. Dushhh~ Tak tersekat2 lagi dah. Alhamdulillah another boy (3.55kg) in our family. Yang sambut adalah seorang nurse. Not a doctor (tak sempat dtg kot). Dia pun mula proses jahit saya. Terasa kasarlah juga tapi masih boleh tahan. Kejap je dia buat. Waktu ni badan saya masih terketar2 sebab kepenatan. Saya boleh dengar nurse panggil2 suami tapi takde respon. Aikkk mana pula suamiku ini? Terlepas sudah moment keemasaan. Saya pun teringat fon bawah bantal, so call dia. Suami ingat call untuk teman nak bersalin dan dia terkejut bila saya cakap baby is here! Haha.. rupanya dia keluar kebawah jap nak beli air. Tak sangka saya bakal bersalin secepat ini.



Yang amat saya puas hati, bila nurse2 ni semua selesai saya sedar dan berterima kasih pada semuanya. Dulu tak sempat saya buat sedemikian. Ialah kes saya rushing macam ni, saya boleh dengar lagi nurse semua tu tercungap2 bantu saya. Memang respect saya pada mereka, THANK YOU!



30 Mei 2016

Discharge. Sebenarnya semalam patut dah boleh keluar tapi baby tak buang air kecil & besar lagi. So doktor nak pantau dulu sampai ada "hasil" hehe... Lagipun saya rasa tak berbaloi kalau saya keluar pagi semalam dan bayar wad kelas 2 (rm250+ kot). Macam beberapa jam lepas bersalin je kan... Haaa so petang hari ini saya selamat balik rumah. Naik lah tangga tingkat 3 tu adoiii...

Sekian.

*Extra NOTE TO MYSELF
Gained 15kg throughout pregnancy (3kg more than previous pregnancy)
29/5/16: 65kg
1/6/16: 59kg
6/6/16: 57kg
13/6/16: 55.5kg
18/7/16: 56kg (ohh tidak!!)
21/9/16: 53.5kg
15/5/17: 51kg
14/6/17: 50kg

Tungku besi RM38.00 from Nawal Herbal Beauty official
Bidan urut KAK IDA (Sentul) RM350.00/3days : 0163881963
Bidan ni dah 50an umurnya tapi sgt puas hati dgn servis dia! Kalau yang tinggal jauh tu sila jemput ye sebab dia tak datang sendiri melainkan rumah dekat.

Tak minum air selusuh, milo, margerin planta bagai tu, telur mentah, or whatsoever petua2. Alhamdulillah hanya sakit 3jam & bukaan penuh dalam masa beberapa minit. Hanya mengamalkan ayat ini & minta ampun pada semua orang:


Wednesday 13 January 2016

Cameron Highlands - January 2016


Pada 11 Januari 2016 suami decided nak bawa kami jalan2 ke Cameron Highlands. Sesuai sangatlah memandangkan cuaca KL ni panas terik!!! Fenomena "El Nino" katanya? Bayangkanlah saya yg sedang hamil 5 bulan ni lagi terasa panas. Walaupun nak lari 2D1N pun bersyukurlah.

Bertolak 9 pagi. Lalu jalan yg elok lah sebab saya ni asyik mabuk perjalanan. Cabaran sungguh utk tidak muntah utk sampai ke atas sana hehehe... Alhamdulillah, tertidur kejap dalam kereta tu.

Kami stop di Lavender Garden.
Fee: RM8.00/adult
Kanak2 bawah 5 tahun FREE :)


Driver nak rehat. Isterinya pula nak jalan2. Anak pun bosan dalam kereta. Lega juga masuk sini. Attraction dia cuma bunga2 je. Mungkin musim ni agak panas so agak terasa. Mujur berangin sikit...

Sambung perjalanan, tak sedar dah 2pm. Patut lapar je hahaha... Kami stop lagi di satu kawasan tu. Saya tak tau apa nama tempat tu tapi hotspot tourists utk beli souvenirs. Agak jem sebab banyak kereta berhenti. Lunch di kedai Esah :) Nasi goreng pun mahal RM6.00 tapi dah xde pilihan lagi. Tengok2 kedai jual strawberry... jagung... sayur2... teh2 dll. We decided nak beli waktu balik nanti je lah.

RM20.00/tray
Lebih kurang 5 paket.
MANISSSS... tak macam strawberry masam yg biasa saya makan.

Ok then kami ke Brinchang nak check-in hotel. Kami belum tempah mana2 hotel. Ingat nak walk in je senang tanya2 harga, tengok2 hotel & tempat sekeliling dulu. Lagi pula bukan tengah musim sekolah so confirm 100% boleh dapat punya...

Lepas survey the other day, budget hotel ramai yg suggest Hotel Jasmine. Kami park depan2 hotel. Tanya2 harga bilik yg kami nak RM100.00/night. Tanya hotel sebelah lebih kurang. Tanya Hotel Remix sebaris tu RM79.00/night utk queen deluxe (no window) & RM89.00/night queen deluxe (window). Kebetulan hujan lebat!!! Apa lagi, check in je lah. Ada lift so no problem. Dapat tingkat 2, window facing kebelakang nampak bukit hijau. Ada privacy juga sebab takde bangunan lain hadap bilik.

HOTEL REMIX
Lot 12, Jalan Besar, 39100 Brinchang, Cameron Highlands
Phone: 05-4914729
Fax: 05-4912730
Web: www.hotelremix.com

 Email: htlremix@streamyx.com
Bilik ni kecil je. Katil pun cukup2 utk kami bertiga yg bukan berbadan besar, Bilik air bersih. Ada astro, wifi agak slow, and basic needs. Nak minta apa lagi? Cukup lah. Dah dekat 4pm hujan berhenti. Tak mau drive mana2, malas. Kami cuma jalan2 kaki tengok2 apa ada disana. Hari Isnin banyak kedai makan tutup. Kedai non halal tu berlambak. Basically pekan ni macam Limbang atau Labuan. Last2 mkn KFC dalam bilik je hahahaha... Bila malam menjelma, Ya Allah.... SEJUKNYAAAAA!

12 Januari 2016
Check out hotel early in the morning. Kami terus ke ladang teh utk hirup udara segar & selfie2.


Terus ke Tanah Rata utk sarapan pagi. Dan ke MARDI Agro Tech Park Cameron Highlands.
Fee: RM3.00/adult.
Lama juga kami pusing2 dlm sini. Hari ni cuaca sejuk je, best! Tengok bunga2, sayur2, arnab & jalan2 je. Nak pick strawbeerry kebanyakannya msh kecil. Diorg inform habis kena petik waktu cuti sekolah sebelum ni. Patut lar...


Dah nak tengahari tu kami pun balik. Singgah di Bee Farm but seriously macam tak menarik hehe... Nak singgah Butterfly Farm malas lah sebab hari tu ke Melaka tengok dah. Singgah lunch kat tepi jalan mana ntah then ke perhentian terakhir kami iaitu tempat beli strawberry, teh & jagung :) Pastu let the driver do his job while anak & isteri tercinta tidur utk elak muntah dalam perjalanan balik heeheheheeee... Bila dah sampai bawah tu lupa plak tengah panas terik membahang waaaaaaaa...

Sekian...