Tuesday 11 August 2015

Nak RM1,500.00 ??? - TAWAS

Tahukah anda apa itu TAWAS?

It stands for: Tabung Warisan Anak Selangor.
Duit RM1500 free diberi...
Daftar sebelum anak berusia 3 tahun...
Dapat duit semasa umur 18 tahun...
Untuk anak lahir dalam Selangor atau sekitarnya...


Saya dah lama tahu tentang ini. Cuma terhegeh2 daftarkan nama anak. Yang senangnya cuma print borang, isi, dapatkan pengesahan dan pos! Pastu cepat pula tu prosesnya. Dalam 1 minggu saya cek status online. Tadaaaa...


Alhamdulillah. Lulus :)
Kami perlu ke I-city Shah Alam untuk dapatkan penyata & kad. Terasa macam perlu naik flight jauhnya hahahahahahaha serius! So macam terabai berbulan2 lamanya.

Suatu hari terima SMS dari Tawas mengatakan mereka akan datang ke sini. Cek2 alamat, wow dekatnya dewan tersebut. Inilah kesempatan yang ditunggu2.


Masa nak parking tu memang susah! Kat dalam dah penuh. Letak kereta tepi jalan. Tu pun nasib ada ruang bagi kereta kecil ni. Cepat2 pergi sebab takut kena saman. Bawa anak pula. Pastu tengok ramai masuk berpusu2. Dalam hati... Ishhh... Mesti lama.

Pergi kaunter nombor macam satu saat je. Pastu ke kaunter turutan, isi borang sikit dan selesai tak sampai 5 minit. Eh eh!? Cepatnya. Bagus juga sistem mereka ni. Dapatlah apa yang dihajati.


Tapi duit RM1,500.00 tu boleh ambil oleh anak pada umur 18 tahun. Huuuuuu lama lagi... Biarlahhh... Nanti tak sedar masa berlalu dengan cepatnya. Daftar je, siapa nak bagi duit FREE ye dak? Untuk kegunaan dia juga.

Sebelum apply, sila baca terma syaratnya elok2 ye supaya proses tak terganggu. So pergilah baca kat websitenya.

Sekian,
dari seorang mama yang gembira :)

*UPDATE 2019*

Saya dah selamat mendaftarkan 3 orang anak dibawah Tawas. Syukur sangat2 sebab awal tahun dapat berita bawasa Tawas tidak lagi menerima permohonan. Maksudnya sudah ditamatkan. Siapa yang sempat tu nasiblah... Tak pasti sama ada nanti2 dimasa hadapan permohonan dibuka semula??? Entah. Saya pun nasib2 bulan 8 atau 9 tahun lepas daftarkan baby. Kalau lambat melepassss... Cuma anak seterusnya tak dapat benefits ini lah 😭

16 Dec 2019 barulah saya nak print penyata Tawas untuk 2 org lagi anak saya. Dah boleh print online ye. Kalau taknak, alang2 pergi ke Yawas di Shah Alam seksyen 7 ambil kad Si Manja sekali dengan penyata. 

Saya pun tak tahu anak yang bakal masuk tahun 1 akan dapat bantuan persekolahan. Itupun selepas viral ramai yang share gambar dalam FB awal bulan Dec ini. Kebetulan dapat pula sms dari Tawas. Ada juga yg tak dapat sms. Apa perlu buat? Sila cek details anak & ibubapa dalam website tawas.


Apa lagi... Cepat2 siapkan diri dan anak2 pergi ke tempat tersebut. Dalam 3 minit memandu sampailah hahaha dekat kan 🤭😆

Bukan apa. Terbaca kes dulu2 ada yang datang untuk ambil tapi dah habis? Hmmm... kasihan. Tak patut sebab dah kira siap2 kan? Dan risau tak dapat pilih warna barang yg sesuai. Tak pasal2 anak lelaki dapat warna barang perempuan. Nanti dia taknak pakai hahaha...

Alhamdulillah proses terima bantuan pun sekejap sahaja. Barangnya: beg sekolah, botol air, bekas makanan, 1 set alat tulis beserta kotak pensil, buku tulis. Banyakkan! Pilihan warna merah atau biru je. DUN lain mcm ada warna ungu. Cuma beg tu agak besar walaupun anak saya agak tinggi orangnya. Atau memang standard saiz beg budak tahun 1? Ish ish ish... kesiann...

OPK part 2

Sambungan cerita OPK hari tu.

May 2015

Plan nak buat hujung bulan. Tapi cycle ni panjang lebih dari biasa lak. Adui!!! So my positive was on June 2015. CD19 is positive.


Btw my son who is 2 years old dah slow down on breastfeed demand. Yay!

July 2015

Dan dengan rasminya anak saya tak menyusu badan lagi. Pengalaman 2thn 1bln hehe alhamdulillah mudahnya dia tak minta2 lagi. Sebenarnya dah risau sebab dengar cerita ramai yang struggle nak cerai susu.

I think... Disebabkan ini, cycle saya back to normal 28 days. Syukur sangat...

Tapi nak dijadikan cerita, saya tak tau cycle jadi pendek so positive opk pun lebih awal! Punyalah relax test pada CD16. Haha tengok gambar tu! Test line dah nak pudar. Masih lagi nak mengharap positive pada CD18-19 haha. Dah agak cycle kali ni takkan berjaya... Lambat bertindak!


August 2015

Cycle masih 28 days. Saya pun mula berjinak dengan BBT. Errr rasa malas nak explain. Boleh google ye.

Pastu satu kejadian yang tak dijangka berlaku. Lepas balik raya hari tu, anak demam 4 hari tak turun pun suhunya! Saya cuba kawal dengan sejukkan badan dia dan bagi ubat demam. Pagi2 saya panggil nama dia suruh bangun untuk mandi. Diam je. Saya goncang2. Diam juga tiada reaksi. Suhu dia tak lebih dari 39c. Selepas cuba sedaya upaya, basahkan dia, baru sedar! Takut sangat so minta suami patah balik kerja untuk hantar emergency hospital.

Lepas doktor cek macam2 sampai melalak2 kesakitan anak saya tu, doktor sahkan paru2 bermasalah. Ya Allah! Kau uji kami begini. Namun masalah dia kira masih baru, tak melarat. Bosan ooo 5 hari dalam wad. Sepanjang tu takde mood nak test OPK.
Bila mood dipaksa datang untuk test pada CD14, mak oiii pekatnya test line tu.


Tak terjangka malam tu start demam panas! Batuk selsema seminggu jugalah. Tapi saya sambung buat OPK. Saja2 je...



Saya rasa cycle kali ni gagal nak preg lagi sebab ttak sihat hari tu. Lagi 3-4 hari period lah kot.
Think POSITIVE!!! Sekurang2nya my cycle is back to normal. Qaseh Gold Adinda tidak dilupakan juga. Sesiapa nak try, boleh order dengan saya ye.