Tuesday, 11 August 2015

OPK part 2

Sambungan cerita OPK hari tu.

May 2015

Plan nak buat hujung bulan. Tapi cycle ni panjang lebih dari biasa lak. Adui!!! So my positive was on June 2015. CD19 is positive.


Btw my son who is 2 years old dah slow down on breastfeed demand. Yay!

July 2015

Dan dengan rasminya anak saya tak menyusu badan lagi. Pengalaman 2thn 1bln hehe alhamdulillah mudahnya dia tak minta2 lagi. Sebenarnya dah risau sebab dengar cerita ramai yang struggle nak cerai susu.

I think... Disebabkan ini, cycle saya back to normal 28 days. Syukur sangat...

Tapi nak dijadikan cerita, saya tak tau cycle jadi pendek so positive opk pun lebih awal! Punyalah relax test pada CD16. Haha tengok gambar tu! Test line dah nak pudar. Masih lagi nak mengharap positive pada CD18-19 haha. Dah agak cycle kali ni takkan berjaya... Lambat bertindak!


August 2015

Cycle masih 28 days. Saya pun mula berjinak dengan BBT. Errr rasa malas nak explain. Boleh google ye.

Pastu satu kejadian yang tak dijangka berlaku. Lepas balik raya hari tu, anak demam 4 hari tak turun pun suhunya! Saya cuba kawal dengan sejukkan badan dia dan bagi ubat demam. Pagi2 saya panggil nama dia suruh bangun untuk mandi. Diam je. Saya goncang2. Diam juga tiada reaksi. Suhu dia tak lebih dari 39c. Selepas cuba sedaya upaya, basahkan dia, baru sedar! Takut sangat so minta suami patah balik kerja untuk hantar emergency hospital.

Lepas doktor cek macam2 sampai melalak2 kesakitan anak saya tu, doktor sahkan paru2 bermasalah. Ya Allah! Kau uji kami begini. Namun masalah dia kira masih baru, tak melarat. Bosan ooo 5 hari dalam wad. Sepanjang tu takde mood nak test OPK.
Bila mood dipaksa datang untuk test pada CD14, mak oiii pekatnya test line tu.


Tak terjangka malam tu start demam panas! Batuk selsema seminggu jugalah. Tapi saya sambung buat OPK. Saja2 je...



Saya rasa cycle kali ni gagal nak preg lagi sebab ttak sihat hari tu. Lagi 3-4 hari period lah kot.
Think POSITIVE!!! Sekurang2nya my cycle is back to normal. Qaseh Gold Adinda tidak dilupakan juga. Sesiapa nak try, boleh order dengan saya ye.

No comments:

Post a Comment