Monday 1 June 2015

Pengalaman Bersalin di Hospital Selayang 2013

Tiba-tiba terasa nak kongsikan pengalaman bersalin pada tahun 2013 di Hospital Selayang. Pengalaman yang sangat-sangat tak ternilai, sangat istimewa :)

My expected due date: 1 Jun 2013.

Beberapa bulan sebelumnya saya buat research tentang tempat bersalin. Yang paling dekat dengan rumah kami ialah Hospital Selayang. Tapi terdetik di hati nak merasa hospital swasta juga. So saya dapat info mengenai FPP (Full Paying Patient). Servisnya tiptop bagaikan di swasta, wad kelas 1, husband boleh stay temankan wife dalam wad, doktor pun boleh pilih & kosnya tidaklah semahal di swasta. Semuanya dalam hospital kerajaan. Kalau ada emergency, rasa secure lah juga kan...

TAPIIIII... Staff memberitahu kami doktor untuk FPP yang ada pada ketika itu semuanya LELAKI!!! Aduh... Terbantut angan-anganku. Takpelah... Kita berserah. Tengok nasib je lah nanti...


Kos FPP Hospital Selayang


1 Jun 2013

Hari berlalu begitu sahaja. Tiada tanda nak bersalin pun. Cuti suami pun telah bermula demi menjaga isteri... Sayangnya kalau overdue lama2, nanti sekejap je jaga kami dalam berpantang. Suami pun gosok-gosok perut "hai baby, taknak keluar lagi ke?" Hehehe...

2 Jun 2013

Hari ni ada kenduri kahwin kawan kami. Memang dah plan nak datanglah kalau takde halangan. Lagipun mak dah lama tak merasa makan kenduri. Jam terdetik tepat 12 tengahari. Diri dah pun siap. Cuma nak labuhkan badan atas katil sebab terasa tak sedap perut pula. Mak & suami cakap kalau tak larat, batalkan plan ke kenduri. Takpelah... Bukannya sakit pun.

Sedang sedap makan & borak2 dengan kawan2, perut ni makin tak selesa. Mak umpama faham je. Terus dia taknak stay lama. Nak balik katanya. Kami pun berjalan menuju ke kereta. Tiba-tiba!!! Kaki ni tak dapat melangkah. Itulah detik pertama kesakitan tahap 1.

Dalam perjalanan balik mak suruh terus ke hospital sebab saya cakap contraction start antara 3-4 minit. Dah terlalu kerap. Tapi saya reject (dalam hati maluuuuuu uiii nak kene cek!) haha... Tapi mak menang juga. Menantu dia drive terus ke bahagian bersalin Hospital Selayang.



Saya ditolak ke bahagian pemeriksaan. So nurse pun datang letak apa benda ntah keliling perut. Saya pun dibiarkan situ dalam 30min++ kot. Ada seorang lelaki datang (maaf sesangat saya ni tak tau pangkat HO atau MO dari pakaian). Dia pakai glove depan saya. Terus dia duduk tepi katil dan cakap "maaf ye"... Aik?? Saya betul2 hairan tak tau apa bakal terjadi. So nurse pun cakap "jangan malu, saya ada tepi awak, kami nak cek je, buka kaki". Laaaaaaaaaaaaa lelaki ke yang cek??? MALU tak ingat dunia dah waktu tu. Alhamdulillah tak sakit. Elok je dia buat haha... Pastu dia suruh saya duduk kat waiting room. Nak admit wad tapi wad penuh. Graph menunjukkan tahap kesakitan tu dah tinggi, ready nak bersalin kecuali bukaan cervik tu baru 2cm.

Terasa haus. Kebetulan suami baru beli air kelapa. Berjaya minum seteguk dua je. Tak lama lepas tu saya muntah banyak sangat! Semua isi perut habislah! Nasib ada plastik kat dalam beg. Nak harapkan lari ke bilik air dalam kesakitan ni jangan haraplah. Saya dah umpama cacing kepanasan tak boleh duduk diam. Masuk surau untuk baring tapi mak marah katanya jangan kotorkan surau sebab risau tumpah darah ke, ketuban pecah ke... Huuuu kena halau. Ada sorang wanita ni cakap dari 9pagi lagi dia tak dapat katil. Saya yang datang petang ni lagilah peluang rebut katil lebih nipis. Cakap kat nurse "saya nak baring kejap boleh tak? saya tak larat dah ni!". Nurse jawab "hanya kalau awak sangat2 sakit baru awak boleh baring sementara je tau kat katil bilik pemeriksaan tu". Kuatkan semangat, akhirnya berjaya rehatkan diri yang sedang sakit tahap 6.

7.00 PM

Dushhhh... baru je baring atas katil. Air ketuban pecah dengan banyaknya. Lepas panggil nurse kali ke-2 selepas panggilan pertama telah diabaikan, kali ni seorang wanita datang untuk cek bukaan. Andai ku ada tenaga, rasa nak karate je wanita tersebut. Dia jolok2 tu.... SAKITNYA!!! Terangkat2 satu badan ni tau! Masih 2cm. Terus dia masukkan ubat kat bontot & saya disuruh cepat2 pergi toilet. Pe hal lah nak cepat2 kan? HAHAHA duduk je kat toilet mak aiiii.... Buang air besar macam orang cirit birit tak henti2. Memang tak boleh control lah! Baru ku faham kenapa kne cepat pergi toilet ngeeehehe.

Keluar je dari toilet tak larat buat apa2 dah. Terduduk tepi tu. Akhirnya ada akak cleaner datang & saya minta tolong dia panggilkan suami/mak saya di waiting room. Terhutang budi pada akak tu. Terima kasih ye... Pastu mak datang. Mak tolong gantikan kain saya, pakai pad & memapah badanku untuk duduk di kerusi roda, Huuu terharu rasanya :'( Dulu mak berkorban begini untuk lahirkan anak2nya.

Saya minta epidural. Ya! Minta sebab badan ni tak larat dah even untuk berdiri tak boleh... Tapi nurse kata untuk dapatkan epidural hanya 8pagi-5ptg ye. Adoiiii ubat pun ada waktu bekerja ke!!? Fahamlah pakarnya dah balik rumah tapi bab2 macam ni kenapa bukan 24jam??? So nurse inject sejenis ubat. Katanya ubat tu bukan penahan sakit, cuma akan buat saya mamai lalai gitu. So sakit ofcos masih terasa 100%. Akhirnya dapat juga masuk wad kelas 2. Tengok sekeliling kosong jer??? Kenapalah bukan dari awal baringkan aku kat situ. Geram sangat! Pastu mak tolong ganti pakaian saya, buka segala cincin subang jam tangan. Dia letakkan henpon dalam genggaman tangan dan emergency button ditepi kepala. Sehingga hari ni ku bersyukur mak buat macam tu sebab dalam 10 PM  bila sakit dah tahap 9 hanya jari jemari je yang mampu bergerak. Tekan butang nurse datang cek laluan dah 8cm & bleeding. Call suami terus kena tolak ke labour room.

Dalam situ plak saya disuruh kepit2 kaki, tahan 1 jam lagi. Andai ku ada suara, nak jerit "BELAH PERUT AKU SEKARANG NI JUGAK!!!". Apa kan daya, hanya mampu baring berdoa & tahan sakit. Suami kesian kot tengok bini dia tak bermaya. Dia suapkan seteguk air mineral. Dan berbekalkan itu sahaja sebagai tenaga untuk meneran.

Alhamdulillah 2 orang doktor & 2 orang nurse perempuan tiba & bersiap sedia dan memberi tunjuk ajar. PUSH!!! Buat pertama kalinya. Tapi waktu teran ni kan sebenarnya best. TAK SAKIT! Contraction tu je yang mengerikan. Ok back to story. Try no #1 gagal. Nurse cakap "awak kne curi2 nafas tau". PUSH!!! Ok memberangsangkan. PUSH!!! Kepala baby dah keluar. Dan PUSH!!! Setelah 4x teran lahirlah putera kami pada 11:43PM :) Syukur ya ALLAH!!! Proses ni amat amattttlah senang dan sekejap je.

Dalam mamai2 tu saya terlelap tapi masih boleh mendengar. Puas doktor & nurse gerak2 kan badan panggil "puan... bangun puan..." hehe berkali2. "Ni anak puan. Jantina apa ye?" pun berkali2 ditanya. Saya hanya mampu pandang sesaat. Tapi waktu baby diletakkan atas badan boleh pulak saya sedar ye? Haha mengada betol..

Proses menjahit pun bermula. Waktu tu dah mula sedarkan diri. Borak2 sikit dengan doktor. Saya tau dia doktor sebab tanya "Maaf ye.. awak pakai macam ni nurse atau doktor?" haha muka tak malu lah saya ni. Oh ye dipendekkan cerita saya rasa dia doktor pelatih atau baru2 je kot sebab comel lah! Suami kata dia salah pakai glove. Waktu kepala baby nak kelihatan dia boleh plak tepuk tangan hati girang lol!!! Last sekali dia panggil kawan dia "Eh cuba kau tengok ni, aku jahit comel tak?" Ishhh miss v jahit katanya comel? Nak tergelak terbahak2 saya tapi tak cukup tenaga dah.

Selepas dibersihkan dan diazankan oleh suami, akhirnya giliran saya untuk dukung my baby boy. Dia dilahirkan seberat 3.61kg (tak sangka... sebab saya aim 3kg je). Dalam 1AM saya pun berehat dalam wad.

Awal pagi nurse & doktor rounding lah kan cek2 pesakit. So lelaki & wanita yang cek saya tu pun datang. Dalam kepala otak ni, confirm cek baby dan tengok jahitan. Malu pun malulah one last time. Serahkan diri je.. Tau2 dia jolok lagi. HUWAAAAA!!! Seram ngeri sakit pedih marah nak jerit rojak punya perasaan!!! Pe hal takde orang bagitau aku bab ni??? Atleast saya ready lah kan... Ibu2 lain dalam wad ni pun semua cakap kalau boleh nak lari je.

Pastu mulalah bab saya balik rumah, berpantang, masuk wad balik sebab baby prolong jaundice 1 bulan dan alhamdulillah semuanya baik2 sahaja sehingga kini. Suami saya pernah cakap tak takut pun tengok proses tu semua, cuma kesian dan ngeri tengok mata saya terbeliak semasa tahan sakit contraction dalam labor room tu. Heeeeee baru dia tau sakitnya nak lahirkan anak. Orang kata sakit bersalin ni sakit no #2 dalam dunia. Sebab sakit no #1 tu ialah saat nyawa ditarik.



Akan datang kalau ada rezeki nak pergi ke Hospital Selayang lagi tak?
Apa salahnya kalau rumah masih dekat situ. Bukannya ada masalah. Tak teruk pun. Ok je layanan mereka. Cuma bab cek bukaan tu, mmm sila perbaiki. Tu je...


Kos Bersalin Hospital Selayang
Rasanya saya kena RM250 je kot...


Sempena 2 Jun 2015,
HAPPY BIRTHDAY my baby boy! You are turning 2 years old.
Time flies so fast. Semoga menjadi anak yang soleh, bijaksana, sihat & berjaya dunia akhirat. To my husband, thank you for being the perfect ayah to him. And to my mom & dad, I LOVE YOU SO MUCH!

Loved you yesterday
Love you still
Always have
Always will