Sunday 14 May 2017

percutian Maldives - Apr 2017


Assalamualaikum.
Entry kali ini saya nak kongsikan tips dan pengalaman kami sekeluarga bercuti di Maldives. Ramai yang kata wahhh mahal, kaya, diva kau dapat kesana! Tapi sebenarnya tak semestinya jadi jutawan baru dapat merasainya. Mungkin apa yang anda baca atau terdengar sebelum ini dari orang kaya manalah tu war-warkan belanja RM14k, RM20k atau 50kkkk sangat. Sebelum pergi mesti study dulu sebab kami DIY bajet segalanya. Tak main 'tour guide' lah. Kami set RM3000 bagi segalanya untuk 2 dewasa, 1 anak kecil dan 1 bayi.
Actual expenditure kami? Haha.. Dalam RM2100 je selama 4D3N! Macam mana caranya? Jom baca.

FLIGHT TICKET

Berbulan-bulan sebelum pergi sila survey harga tiket. Air Asia selalu buat promosi harga murah. Waktu itu sila rampas tarikh dan harga yang berpatutan. Bagi kes kami bayar

• RM485 return dan kami add ons meals pergi balik berharga RM60 (RM10/pax) memandangkan penerbangan waktu makan malam.

Pre booked meals ada diskaun serta dihidangkan lebih awal dari orang lain. So be smart! Tapi murahnya tiket kami? Ok bab ni tak aci lah sebab kakak belanja harga seat, kami bayar tax tu sahaja. Maaf ya. Tapi tapi tapi... Cuba tengok harga sekarang ada RM1.2k bagi saiz family kami. Kalau waktu promo tak mustahil boleh dapat RM1k ke? Yang solo traveller dalam RM377.

DAY1

Penerbangan kami tiba pada 8 malam Maldives kalau tak silap. Pada tahun 2017 menggunakan nama baru VELANA International Airport (dalam pulau Hulhulé). Dah malam segala bot atau feri ke pulau -pulau dah tak buka. Kecuali ke bandar Malé. Anda boleh pilih untuk tidur di manmade island Hulhumalé menaiki bas atau ke Malé (pilihan kami). Keluar airport, tanya information counter mana nak beli tiket feri ke Malé berharga

• USD1 atau Rf8/pax.





Sistem feri mereka agak kecoh tapi boleh je hadap. Mengambil masa 7-10 minit sampailah ke Malé. Kami lambai terus teksi, bagi alamat homestay.

• Caj teksi Rf35. Kalau banyak luggage kira extra ye.

Homestay dekat tapi bandar ni huru hara, sempit dan kusut otak kami mulanya. Sampai waktu malam bersama anak-anak. Jalan kaki bukan pilihan utama kami. Homestay saya pilih dari website Airbnb berharga

• USD49 atau RM225/malam (paling murah dah ni).



Haha malu saya...

Konsep homestay ni memang ori. Tinggal bersama-sama tuan rumah. Bilik kami dapat sangat puas hati (1 katil queen + 1 tilam single) dan ada bilik air + free wifi. Bukan macam homestay Malaysia bulat-bulat dapat 1 rumah untuk kita. Disini dapat jimat, kami isi air mineral banyak-banyak bagi perjalanan esok.

DAY2

Kami awal pagi dah bangun almaklum waktu Malaysia awal 3 jam. Tuan rumah masih tidur. Kami bawa sarapan sendiri. Selesakan diri di ruang tamu mereka je. Dalam 8 pagi, Husssain tuan rumah pun bangun kami borak2. Pagi tu dia bawa suami saya ride ke ferry terminal untuk beli tiket. Kami nak checkout tengahari ni. No extra charge untuk ride. Best kan? Sementara tu saya borak2 bersama wife dan 2 orang anak mereka. Berbekalkan peta yang dia pinjamkan, pagi tu kami jalan2 redah kotaraya Malé. Nak info lah tempat ni tak sesuai bawa stroller baby. Kami dukung baby guna baby carrier je selama disana.


Artificial Beach - Malé
Jambatan atas lautan itu bakal menyambungkan pulau airport ke Malé.
Tak perlu susah2 naik feri lg.
National Museum of Maldives
Sultan Park
Official Resident of the President
Fish Market
Malé

Memorial terrorist attack

Tengahari kami makan di cafe ini. Makan kuih2 dan roti sahaja. Kalau nak cakaplah kan, makanan mereka ada influence dari India. So macam kedai mamak je.

• Rf63
• Rf60 x 2 untuk baby food di kedai runcit. Nestle je kot tapi huuuu mahal!




Tengah jalan2 tu ada owner kedai tegur dan borak2 dengan kami. Teruslah dia bawa ke kedai souvenir dia. 

• USD15 untuk saguhati fridge magnet dalam 5-6 pcs.

Dah puas jalan kami pun balik homestay. Oh ye kami sesat pusing2 sampai sakit tapak kaki. Nak naik teksi sayang duit sebab dekat je tapi tu lah bangunan bandar ni pening sungguh! Rehat dan mandi pastu checkout untuk ke Vilingili Ferry Terminal. Dari homestay kami tahan2 teksi penuh so kami naik pickup truck je hahahahahaha cool!

• Rf40 pickup truck to terminal.




Destinasi seterusnya Maafushi Island. Tiket (3pm) dah beli awal pagi tadi kan. Harga:

• Rf22/pax selama 1jam 30min.


Local Ferry
 Stops: Malé - Gulhi - Maafushi - Guraidhoo
Kami tinggal di Arora Inn. Ada yang kata lebih murah book terus melalui emel mereka reservations@arorainn.com untuk nego harga. Jangan risau staff mereka sangat2 lah ramah & helpful giler! Apa yang customers nak dia terus serve sebaik mungkin.

•  Triple bedroom USD117 untuk 2 malam dari Agoda.com, termasuk sarapan. Harga ini sudah dikira 12% hotel tax, 10% Service charge. Tapi Green tax USD6/pax/night mereka ambil secara cash disana nanti. Kami cuma dicaj USD18 je 😝 Gila kan tax mereka!?

Arora Inn

Cuba register account di Shopback untuk dapat cashback. Bukan untuk book hotel sahaja malah untuk online shopping lain2 pun dapat cash. Kira extra discount lah kan. Jimat2..

Nak review pasal Arora Inn.

(+)ve
Murah banding tempat2 lain.
Small inn. Cuma ada 5 bilik sahaja (kami dapat room 104). So staff layan korang je sebaik mungkin.

Saiz bilik besar.
Wifi laju jerr.

Kalau bawa maggi sendiri, minta staff tu masakkan hehehe
Cuma 5-10mins walk to bikini beach.

Malam liveband tak bising sebab hotel ni bukan depan bikini beach.

(-)ve
Lampu bilik malap. Agak gelap. Bilik 105 nampak terang.
Lokasi bukan depan bikini beach so kena jalan arrr...
Shower amenities tidak disediakan macam yg diiklankan.
Breakfast takde pilihan sangat.
Korang tak dapat rasa glamour laa sebab bukan 5 star hotel/resort hahahahaha!!!


Waktu malam kami masak sendiri. Jeng jeng jeng... Hahaha ini persiapan2 kami untuk berjimat cermat. Kalau nak makan sana sangat senang cuma USD10/meal tu agak susah nak keluar dari poket.


Prepacked beras, susu2 anak & my choc drink

Jangan lupa pinggan, minyak masak, sabun & sponge yee..

Ada baby wajiblah bawa semua ini

Day3

Sarapan disediakan. Choice dia tak banyak tapi boleh kenyang. Tiap hari sama je so agak bosan. Kami siap sedia 930am untuk aktiviti yahuuuu! Untuk ni kami deal malam tadi sebelum tidur.

• USD25/pax include lunch (sandwich + coke)
Snorkeling 2 points, dolphin cruise & sand bank.

Halfday trip.


Subhanallah! Sangat2 indah.. Rasa nak telan air ni hahaha
My son tooooo excited tengok air cristal clear




Dolphin Cruise
Entah berpuluh atau ratus ekor dolphin lompat depan kami. Excited!

Swim with turtles
Sand Banks
With another group from Malaysia
Sand Banks
(Korang  perlu request canopy/payung tau! Kami tak tahu perlu minta sebab diorang tak tanya)
Thats me covering my baby + me pening2 lalat

Balik hotel je sudah petang. Kami tak rehat. Terus siap sedia untuk jalan2 dalam pulau Maafushi ini. Pusing keliling lah kirakan. Pulau ni kecik je no prob. Public beach tak ramai orang. Pemandangan biasa. Bikini beach cantik sangat. Kami stay situ sambil anak2 main pantai sampai sunset. Malam ingatkan nak candlelight dinner. Macam romantik je ditepi pantai tu tapi anak2 kepenatan tidur awal. Taknak ganggu takut tak sihat nanti kekurangan tidur. So dinner masak lagi dalam bilik. Sepanjang stay dalam pulau ni kami spend

•  Rf8 x 4 mineral bottles.


Katanya... One and only prison in Maldives?
Candlelight Dinner



Day4

Selepas sarapan kami jalan lagi ke bikini beach. Lepak2 bergambar2 lagi sebelum checkout. Sepatutnya kami nak berjimat naik local ferry ke Male (7am) tapi rasa terlampau awal sangat nanti tak tau nak buat apa. Terburu2 pula dan yang paling penting saya tak tahan naik feri lagi. Sakit punggung oooooooooo... Waktu lain takde, itu sahaja. So semalam kami dah deal dengan receptionist Shaha, dia dapatkan shared speedboat direct ke Hulhulé (airport) tengahari tu.

• USD20 x 2 adults & USD15 child.
30mins ride.

Mereka jemput dan hantar guests di jeti ini
Shared speedboat Maafushi - Airport
Kalau tak nak share, sediakan dalam USD200/boat

Setibanya di airport, kami menggunakan luggage storage service berharga
• USD6/luggage


Surau disediakan tapi aneh takde tempat berwudhuk. Mothers' room sangat selesa, berhawa dingin untuk menyusu anak, salin2 pakaian ke, (saya mandikan anak hehehe). Disebabkan masih awal, memang plan kami nak tengok pulau Hulhumalé. Naik bas berharga

• Rf20/pax/way



Naik bas ini dari Airport ke Hulhumalé

Sekejap sahaja sudah sampai manmade island ni. Terus kami cari cafe untuk lunch kuih, nasi goreng & mee goreng + juice berharga

• Rf110 (big portion)



Hulhumalé





Sebelum ini pernah dengar bahawa pulau ni macam ghost town. Hahahaha memang pun! Tak ada apa pun sedih sangat. Pemandangan pun biasa je tiada yang menarik perhatian kami. Banyak blok2 apartment. Agak sunyi walau ramai juga pengguna jalan raya kecik tu. Kami hang out je di pantai untuk buang masa. Apa yang "best", anak sulung tu entah macam mana jatuh dalam air pantai huwaaaaaa basahlah pakaian nak naik flight. Nasib ada 1 lg pakaian spare cukup2 untuk balik sampai Malaysia. Flight kami 8pm-12am waktu Maldives, iaitu 12am-4am waktu Malaysia. Sampai je KLIA2, first time kami guna Uber untuk balik rumah. Alhamdulillah semuanya pengalaman yang sangat menyeronokkan!



Saya nak pujuklah kan, ibu bapa yang masih ragu-ragu nak travel bawa anak, saya sangat faham perasaan itu. Tapi telankan saja! Go ahead. Kadang2 adalah juga "bunyi2 lalat" yg menghasut mengatakan bawa anak travel menyusahkan, penat, budak tak faham apa2 lg, bla bla bla... IGNORE them! Saya start travel semasa umur 2 bulan. So secara tak langsung saya buat benda yg sama kepada anak2 saya. Diorang umur 3 bulan dah fly keluar negara. Sekarang naik kapal terbang elok je duduk diam. Mereka tak faham, ye mereka rasa penat, mereka tak ingat tapi budak2 LIVE IN THE MOMENT. Tak fikir past & future. Travel tak kisahlah dalam atau luar negara mengeratkan hubungan keluarga. Buka minda, belajar dan tengok tempat orang untuk kita faham dan menghormati mereka. Lagipula budak2 waktu kecil ni lah tiket2 murah, makan sikit, boleh share tilam, tak ganggu sesi sekolah. Kan jimat banyak tu! Risau sakit? Siap sediakan ubat dan thermometer untuk kita pantau. Berserah kepada Allah swt agar dipermudahkan segalanya :)

***NOTE
● currency exchange usd1=rm4.43
● currency exchange usd1=rf15
• Elakkan island transfer/perjalanan pd hari Jumaat kerana ferry service tutup.
●tak perlu tour guide sbb mahal. Travel diy je mcm kami walau tersesat itu pengalaman
● prebook hotel. Yg lain plan & bayar cash di sana sahaja.
●activate atm card/debit card utk international withdrawal untuk kegunaan kecemasan sebelum fly HERE
● tukar duit siap2 sebelum fly sebab mereka tak terima RM. Hanya usd & local Rufiyaa.
• Nak jejak kaki (day trip) ke resort mewah2 approx usd60-130 + speedboat transfer charge 😱

Ada soalan berkaitan nak tanya? In shaa Allah saya boleh jawab.

2 comments:

  1. Salam.. Nk tnye mse snorkeling trip.. Awk snorkeling sekali x? Baby mcm mne ye? Hehe

    ReplyDelete