Wednesday 1 August 2018

Pengalaman Bersalin di Hospital Selayang 2018

Cak! I'm back. Nak cerita tentang kelahiran ke-3 anak kami. Sebelum ni saya ada juga cerita pengalaman bersalin 2013 & 2016. Rajin-rajinlah view yer. Tengok, nak letak link pun punyalah malas! Hahaha...

Due date: 6 July 2018

Obviously kesemua anak-anak saya ni suka peram lama-lama dalam perut. Entah best sangat kot. So kita bawalah perut sarat ni sebab memang overdue pregnancy lagi laaaa... Alahai... Apa nasib badan. Saya memang terpaksa ikut temujanji klinik sampai appointment terakhir! Doktor released surat. Surat yang digeruni. Surat untuk serah diri ke hospital andai tak bersalin lagi akan induce pada 12 July 2018. Waktu ni setiap hari rasa stress, risau, takut tapi excited nak ada ahli keluarga baru. Sebenarnya menyedihkan je perasaan semua ni. Tambahan perasaan Tokophobia (fear of labor pain) makin membuak-buak. Saya bukan wanita yang lemah. Lasak adalah! Pengalaman sakit nak bersalin sebelum ni menghantui. Anak pertama sakit 12jam, dan kelahiran anak ke-2 walau 2-3jam sahaja tapi yang ini betul merentap nyawa saya. Rasa nak mati sakitnya. Ceh! Aku tau ke nak mati tu macam mana? Mmm....

K back to my story. Saya dah plan nak serah diri selepas lunch. Tunggu anak balik dari sekolah senang settle semua. Kita merancang, Allah SWT menentukan segalanya.

12 July 2018

2:00 AM
Tiba-tiba sakit perut. Rasa nak terberak tapi turun katil je dah hilang sakit tu. Almaklum sebelum ni perut meragam.

2:07 AM
Sakit tu datang kembali. Ingat nak terkentut je kot tapi tak keluar juga anginnya.

2:14 AM
Sakit lagi. Ahh malas nak layan. Pejam je mata. Tiba2 terdetik dalam hati "kalau next 7min sakit lg, sahlah sakit contraction".

2:21AM
SAH!!! Ok waktu ni memang takde mood nak tidur. Hati dupdapdupdap! Saya duduk je di bucu katil. Menanti minit. Layan kesakitan yang tak seberapa tu.

3:20 AM
Whatsapp family. Bagitahu tengah contraction. Then saya siap-siap pergi mandi. Solat dulu. Then saya nak tunggu sempatkan solat subuh tak lama lagi. Ialah sakit pun sikit je.

4:30 AM
TAK TAHAN!!! Suami pun bangun tolong papah jalan untuk turun tangga apartment. Nasib baik ayah saya ada dirumah. Leh tengokkan anak-anak sedang tidur. Waktu ni contraction saya sudah setiap 3 minit on the way ke hospital.

4:45 AM +/-
Disambut oleh cik security. Dia tolak saya naik ke atas. Sampai2 je nurse tanya "awak ada rasa nak teran tak?" Ofcourse belum lagi. So saya dibawa cek CTG dan VE "laaaaa baru 3cm jeeee" kata nurse tu. Hmmm ialah awak JEEEEEE ye? Ikut pengalaman biasa sejam disini sebelum masuk wad. Tapi awal2 tadi kat kaunter kena inform kalau nak wad tunggu 5pm. Astaghfirullahalazim... Tak nak lah duduk layan sakit. Apapun, saya memang tengah sakit menjadi2 waktu baring ni. Bila contraction menyerang mana badan boleh diam 100% kan. Pasti tergerak sikit. Nurse pun buat muka, diamlah badan awak! Adui... Waktu sakit membuak2 ni lah nurse minta saya tukar pakaian. Sedih tau tak dibantu. Bukan taknak minta tapi dah tak mampu bercakap dek sakit ni. Nak tukar pakaian ni pun seribu satu tenaga diperlukan. Waktu contraction off untuk beberapa saat, cepat2 salin. Baju saya? Campak je, ah lantak!

SEJAM KEMUDIAN
Ada perasaan nak teran. Panggillah nurse disebalik tabir tu. Eh boleh plak dia cakap "doc, cek lah patient tu".. mmm mcm kasar je bunyinya. Doc buat VE baru je 5-6cm terus saya TERRRTERAN dan dushhh ketuban pecah. Doc jerit je CLEAR.. haaa fully dialated rupanya. Memang terasa kepala baby terus haha. Pengalaman sekali lagi kena tolak katil terburu2 ke LR. Waktu ni nurse kepit kaki saya "jangan teran puan!".... Ko rasa boleh tahan ke nak teran bila ko nak teran tu kan? Hahaaa.. "Jangan teran nanti terkoyak! Jangan teran nanti suami tak dapat tengok momen keemasan ni" Punyalah dia pujuk tapi sorry lah, teran2 ni bukan kita main2. Ok sejujurnya waktu kepala baby di bukaan tu sakitnya sangat perit. Rasa nak meletup situ, pedih. Nurse cakap baby biru kalau kepala dia stuck situ lama2. Alhamdulillah suami sempat masuk LR waktu ni. Pushhhhhh dan lahirlah dia. Zuriat ke-3 kami @ 5:49AM. Lelaki lagi heeeee... Boboiboy kuasa 3! Jeng!

Sungguh ku tak sangka, kelahiran kali ini sungguh singkat! Sejam sahaja di hospital. Tanpa ubat tahan sakit, tanpa apa2 dicucuk, tanpa minum air apa2 ye. Kesakitan contraction pun bukan sakit 100% seperti sebelum ini. Tenaga saya rasa masih banyak spare. Syukur! Allah SWT permudahkan proses kelahiran. Kalau semua kelahiran macam ni, memang tak serik lah.

TAPI masalah lain pula muncul. Uri baby tak keluar! Dari seorang nurse, ke sorang, ke sorang lain... Dari doktor ke doktor. Berganti2 keluar masuk bilik tu untuk cuba keluarkan uri hampir 15 minit lamanya terkangkang situ. Malu? Nak buat macam mana. Lelaki perempuan ada situ. Pasrah je lah. Kaki pun nak kejung dah. Akhirnya dari gaya seorang doktor lelaki india ni, sangat professional. Kejap je dia handle dan berjaya mengeluarkan uri. Uri tak melekat cuma dok dalam sangat. Sekarang proses menjahit pula. Yeyyy saya tak suka! TAK SUKA! Nurse inform hanya perlu jahit kulit, dan sikit sahaja. Sekali dia cucuk tu ooowwwhhhhhhhh ko bayangkan jahit hidup2 tanpa bius. Lagipun kebas bersalin tu dah hilang sebab uri lama sangat nak keluar. Anu dikorek2 utk tarik uri. So bila saya mengerang sakit nurse tu boleh cakap "awak ni jenis perempuan yg tak tahan sakit ye, bukalah kaki awak" sambil ditolak kasar. Yes first time saya dilayan begitu. Nurse, sakit hati saya ni tau. Selepas apa yang saya lalui, sebaiknya cakap elok2. Saya baru bertarung nyawa, cubalah jangan berkasar secara fizikal. Saya faham nurse penat.. Penat kerja, penat melayan kerenah patient. Nurse penat buat dan cakap benda yang sama setiap hari. Tapi tahukah yang datang situ bukan patient yang sama setiap hari? Saya baru jejak LR tu kali ke-3 dan bersua muka dengan nurse buat pertama kali. Lainlah kalau nurse tengok saya tak tahan sakit setiap hari dan saya tak buka kaki setiap hari, boleh lah rasa geram dan marah. Apapun saya rela pejamkan mata tak nak pandang awak. Saya tetap berterima kasih kat awak tapi tak dibalas dengan senyuman.

Akibat wad penuh, saya ditempatkan di PAC. Bilik kecil kongsi 3 orang. Tak kisahlah yang penting dapat katil, boleh rehat. Serius tak kisah bilik rupa macam mana. Saya dah boleh rasa lega. Concentrate on baby. Dah petang baru ditolak ke wad. Anak2 datang, berjumpa adik mereka buat pertama kalinya. Kelakar pula tengok anak ke-2, mata terbeliak tak berkedip pandang baby. Muka terkejut hairan, diam kaku hahaha mungkin dia tak faham kemunculan insan kecil di hadapannya hahaha. The next day kami discharge dan pastilah ada VE sekali lagi. Hadap je lah! Doc gelak je bila saya tanya "no more VE ye?" dia balas "relax2 dah last ni, tak kacau lagi". Hahaha... Seriklah dah berapa kali kena jolok. Nurse dan doktor sini semuanya ok.

*****************************************************
*****************************************************

Day 4 admitted to NICU selepas cek ada jaundis, demam & eye discharge. Doc suspect ada infection. After further investigation, alhamdulillah takde apa. Cuma dehydrated dan bacaan buah pinggang pun tak elok. I need to keep breastfeeding. Payudara dah bengkak yang teramat sakit. Bila di pam dapat 2 oz. Supposed cukup untuk bayi seumurnya tapi dia tak kencing. Berat lahir 3.43kg dan weigh loss jadi 3kg. Walau ini hospital rakan bayi tapi atas keselamatan nyawa kesihatan baby, terpaksa saya bagi susu formula tambahan atas nasihat doc. Sedih sebab dia newborn. Saya tak buat begini kepada anak2 yang lain. Boleh dan cukup saya breastfeed mereka hingga 2 tahun.

Day 6 discharged. Tapi sambung cek darah setiap hari.

Day 21 bacaan level 109. Doc inform dah lah tak perlu cucuk dia lagi. Syukur!

Sepanjang 21 hari ni, kuning baby ada naik turunnya dan berat dia dropped to 3kg. hari ni bila cek dah 3.33kg lega sikit.

*Note: Normal for newborn to lose weigh < 10% and then gain 20 - 30 grams / day.

Atas kiraan ini, betul lah kenaikan berat badannya. Lagipun dia loss teruk. Hopefully by 1 month check up nanti dapat minimum 3.7kg or better 4kg, in shaa Allah.
Update: Yezzaa.. 13/8/18: Betul 3.7kg dan biasanya next akan naik 1kg/month.

*****************************************************
*****************************************************

Note to myself

Weight before labour: 64kg
1/8/2018: 57.5kg (day 21 start consuming NR)
13/8/2018: 57kg
17/12/2019: 54kg haha lama tak update asyik lupa sebab takde penimbang badan di rumah.
Target 50-51kg by 2020.
Tinggi: 168cm
Bidan urut KAK IDA (Sentul) RM500.00/3days : 0163881963 makin mahal pulak...

to be continued - updated from time to time

No comments:

Post a Comment