Assalamualaikum.
Pap smear? Pernah dengar? Pernah buat?
Saya harap semua wanita yg dah sexually active (married or not/ada anak atau tidak) selamat menjalani ujian tersebut. Ujian ni saya tak nak banyak cerita banyak sangat la apa itu pap smear bla2... Sebab dah banyak info online. Klik sahaja dihujung jari. Disini saya nak cerita pengalaman saya je sebab baru pertama kali buat. Hmmm ish ish ish...
Kenapa baru nak buat???
Well... Im not a doc. Tapi sebagai orang awam biasa ni saya tahu info2 pap smear secara am nya lah. Banyak dah sana sini pendedahan tentang ini. Tapi MALU, MALAS dan penyakit M ni banyak alasannya hahaha... Tapi at some point in my life saya tetap akan buat. Cuma bila??? Sejak bersalin anak no3 period saya dah on off tak tentu masa. Umur pun dah cecah 3 bintang ni. So lahirlah bibit2 kerisauan. Ada 1x ni semasa/selepas bersama suami, ada bleeding. Not period sebab waktu tu je ada. (Salah satu tanda cancer pangkal rahim). Makinlah saya risau. Suami pun cakap, buatlah pemeriksaan. Takut ada apa2. Ada apa2 tu pastilah cancer kannnn... Taknak taknak!
Ku beranikan diri, gagahi pergi Klinik Kesihatan (KK) terdekat. Staff in charge cakap terus cek je tak perlu appoinment bagai. Dah masuk tempat pemeriksaan nurse minta buang air dulu ke, bersih2kan diri dulu ke kan... Pastu dia daftarkan saya. Waktu ni ada sesi soal jawab mcm bila last period, bila last bersama suami, ada masalah apa2 sebelum ni bla2... Sila jawab dengan jujur. Dia inform keputusan pap smear selalunya dapat dlm 3 bulan. Tapi sekarang ni dah jadi 6 bulan waktu tunggu keputusan. Then dia offer saya. Biasanya proses pap smear dilakukan oleh nurse yg dah handal la kan. Tapi dia cakap setiap pagi doc nak 1 pesakit je utk dia buat jadikan kes dia la. Awak nak ke jadi pesakit tersebut? Hahaha adoiii apalah timing saya ni kan 😂 Bagi saya mana2 je sama sebab kena hadap juga! Saya setuju.
Nurse suruh buka la seluar semua tu kan. Baring atas katil, ada mini selimut cover la sikit hahaha. Doc pun datang perkenalkan diri & cakap process pap smear bagaimana. Then dia cakap "kenapa muka u pucat macam takut sangat ni!?" Hahahahahaha weiiii 1001 benda dalam fikiran saya tau! Ofcos pucat! Dia tunjuk la brg2 digunakan. Ya Allah, dlm google tgk biasa je. Dpn mata terasa besar lah pula muncung itik tu! Siap cakap, doc pakai lubricant x? Sakitlah tgk pun mcm tu ahahhahaha adoiiii. Semestinya tak boleh letak lube sebab akan menjejaskan keputusan makmal. Ok here we go.
Minda relax, badan pun relax... I think I did great. Doc pun puji elok ja speculum muncung itik dimasukkan ke dalam faraj. Then the horrible part pula!!!! Bila speculum dah masuk, doc mestilah buka speculum tu di dalam kan kan.. Faham kan? Terasa lamaaaaa sungguh dia nak buka muncung itik. Sambil tu dia tekan tekan tekan dalam2 senak rasanya, pedihhhhhh. Dia ambil 1 stick ni dimasukkan ke dalam untuk swab atau kita kata sapu2 sekitar pangkal rahim. Ini mmg tak rasa apa pun. Tapi sambil dia buat, sambil dia tekan lagi si itik tu kuat2 dalam2 sakittttt ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ Then, tiba2 dia tinggalkan saya dlm keadaan gitu atas katil. Dia pergi kat meja pula ckp dgn nurse utk minta apa benda entahhh... Ya Allah.... Keluarkanlah itik ni dulu... (pesakit sebelum saya tu kejap sungguh nurse buat siap ckp ehh dah ke??) Ok doc datang balik and continued ambil sampel dari dalam. Doc akhirnya tunjukkan kepada saya. Puan... tengok ada keputihan ya agak banyak. Lepas ni sila masuk bilik saya nak consult. Ok done jangan lupa pakai balik seluar tu haha..
Dlm bilik doc tanyalah pasal keputihan. Saya ckp xde keputihan. How do I know? Ok try jgn pakai panty liner utk cek. Kat underwear tu xde putih2 ponn! Xde bau2 xde gatal2, xde basah2. Ok minimal ada la dah aku ni manusia kan... Tp thats all xde meleleh2 mcm di suspek. Tp tetap lah dapat ubat vaginal insert untuk kenyakit kulat kononya. Hmmm... amik je la.
Ok sample swab tadi saya hantar ke makmal. Situ tulis keputusan tarikh sekian sekian. Ehhh 1 bulan je? Ok doc pun bg tarikh appoinment lg 1 bulan utk view. Doc mentioned, kalau ada masalah kami akan call sebelum tarikh tu. Kalau xde masalah, kami takkan call sampai bila2. Haaaa gitu... Ok barulah rasa cuak datang.
Balik rumah whuaaaarrghhh bleeding!!! Pernahlah dgr org kata darah sikit je mcm spotting 1-2 titik. Atau xde apa jadi. Tapi ni 1 panty liner! Patutlahhhh sakit buat pap smear td. Done complain kat suami sakit tu...
Ok cerita pasal ubat vaginal insert tu saya dapat 1 tablet saja. Minta tolong suami la masukkan sbb mcm takut nak buat sendiri. Then tidurlah jgn menggatal layan suami hahaha kena baring terus tau biar ubat stay inside. Klu ada menggunakan kondom dlm masa 3 hari selepas ubat masuk, dikhuatiri blh bocor oleh kimia ubat tersebut. Ubat akan larut dlm faraj. Apa saya rasa days or weeks after? None. Sama je takde perubahan apa.
Fast forward 1 bulan. Tarikh appoinment.
Jumpa doc yg sama handle kes saya di KK. Dia cek2 dlm sistem ehh xde result. Dia sruh saya tunggu sorang2 dlm bilik. Adalah 5 min krikk krikkk situ. Tp kan... Ini 5 mins yg paling mencemaskan. Tktnya apa keputusan pap smear tu. Doc datang cakap blm ada result. Cehhhhh jantung nak terpocot td hahaha... Tp result keputihan tu dah ada. Ehhh rupanya dia ambil 2 sampel. Result? Nothing. Xde masalah, xde kulat atau apa2 🙄 (kannnn dlm hatiku jahat hahaha). Kemungkinan perubahan hormon hari tu je nampak mcm ada keputihan. Alhamdulillah. Tp baik juga doc yg cek kan... Boleh terus consult bab masalah sakit puan.
Doc masih tunggu keputusan dari makmal hospital. Dia akan update saya hari yg sama. Tp tak sampai 1 jam di rumah, ada call. Seram nak jawab sbb saya tau doc call. Ringkas je dia ckp "saya doc xxx, call regarding pap smear result xde masalah ye, k thanks ". Leganya dengar ayat tu. Syukur2! Segalanya dah ok. Nurse sruh repeat 1 thn lg. Doc sruh 2 thn sekali pula. Tp dah lalui saya rasa tak trauma pun walau nasib saya waktu proses tak sebaik org lain.
Korang bila nak buat? Bagi yg sdh, tahniah! Jgn lupa repeat test ye.
Sekarang ada ujian pap smear buat sendiri. Stick tu akan diberikan utk kita insert sendiri tanpa si itik tu! Tanpa org lain yg tgk private part kita! Yeyyyy.. Dah jgn berlengah lagi, no alasan! Tapi blm dikuat kuasakan seluruh KK dlm Malaysia lg. Doc tadi cakap paling dekat I can get it at Presinct 7, Putrajaya. Ohhh mak jauh juga.
MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERUBATI 🤑💰☠
No comments:
Post a Comment