Tuesday 12 November 2019

Pengalaman Pap Smear 2019

Assalamualaikum.

Pap smear? Pernah dengar? Pernah buat?
Saya harap semua wanita yg dah sexually active (married or not/ada anak atau tidak) selamat menjalani ujian tersebut. Ujian ni saya tak nak banyak cerita banyak sangat la apa itu pap smear bla2... Sebab dah banyak info online. Klik sahaja dihujung jari. Disini saya nak cerita pengalaman saya je sebab baru pertama kali buat. Hmmm ish ish ish...

Kenapa baru nak buat???

Well... Im not a doc. Tapi sebagai orang awam biasa ni saya tahu info2 pap smear secara am nya lah. Banyak dah sana sini pendedahan tentang ini. Tapi MALU, MALAS dan penyakit M ni banyak alasannya hahaha... Tapi at some point in my life saya tetap akan buat. Cuma bila??? Sejak bersalin anak no3 period saya dah on off tak tentu masa. Umur pun dah cecah 3 bintang ni. So lahirlah bibit2 kerisauan. Ada 1x ni semasa/selepas bersama suami, ada bleeding. Not period sebab waktu tu je ada. (Salah satu tanda cancer pangkal rahim). Makinlah saya risau. Suami pun cakap, buatlah pemeriksaan. Takut ada apa2. Ada apa2 tu pastilah cancer kannnn... Taknak taknak!

Ku beranikan diri, gagahi pergi Klinik Kesihatan (KK) terdekat. Staff in charge cakap terus cek je tak perlu appoinment bagai. Dah masuk tempat pemeriksaan nurse minta buang air dulu ke, bersih2kan diri dulu ke kan... Pastu dia daftarkan saya. Waktu ni ada sesi soal jawab mcm bila last period, bila last bersama suami, ada masalah apa2 sebelum ni bla2... Sila jawab dengan jujur. Dia inform keputusan pap smear selalunya dapat dlm 3 bulan. Tapi sekarang ni dah jadi 6 bulan waktu tunggu keputusan. Then dia offer saya. Biasanya proses pap smear dilakukan oleh nurse yg dah handal la kan. Tapi dia cakap setiap pagi doc nak 1 pesakit je utk dia buat jadikan kes dia la. Awak nak ke jadi pesakit tersebut? Hahaha adoiii apalah timing saya ni kan 😂 Bagi saya mana2 je sama sebab kena hadap juga! Saya setuju.

Nurse suruh buka la seluar semua tu kan. Baring atas katil, ada mini selimut cover la sikit hahaha. Doc pun datang perkenalkan diri & cakap process pap smear bagaimana. Then dia cakap "kenapa muka u pucat macam takut sangat ni!?" Hahahahahaha weiiii 1001 benda dalam fikiran saya tau! Ofcos pucat! Dia tunjuk la brg2 digunakan. Ya Allah, dlm google tgk biasa je. Dpn mata terasa besar lah pula muncung itik tu! Siap cakap, doc pakai lubricant x? Sakitlah tgk pun mcm tu ahahhahaha adoiiii. Semestinya tak boleh letak lube sebab akan menjejaskan keputusan makmal. Ok here we go.



Minda relax, badan pun relax... I think I did great. Doc pun puji elok ja speculum muncung itik dimasukkan ke dalam faraj. Then the horrible part pula!!!! Bila speculum dah masuk, doc mestilah buka speculum tu di dalam kan kan.. Faham kan? Terasa lamaaaaa sungguh dia nak buka muncung itik. Sambil tu dia tekan tekan tekan dalam2 senak rasanya, pedihhhhhh. Dia ambil 1 stick ni dimasukkan ke dalam untuk swab atau kita kata sapu2 sekitar pangkal rahim. Ini mmg tak rasa apa pun. Tapi sambil dia buat, sambil dia tekan lagi si itik tu kuat2 dalam2 sakittttt 😭😭😭 Then, tiba2 dia tinggalkan saya dlm keadaan gitu atas katil. Dia pergi kat meja pula ckp dgn nurse utk minta apa benda entahhh... Ya Allah.... Keluarkanlah itik ni dulu... (pesakit sebelum saya tu kejap sungguh nurse buat siap ckp ehh dah ke??) Ok doc datang balik and continued ambil sampel dari dalam. Doc akhirnya tunjukkan kepada saya. Puan... tengok ada keputihan ya agak banyak. Lepas ni sila masuk bilik saya nak consult. Ok done jangan lupa pakai balik seluar tu haha..

Beginilah rupa speculum dibuka utk swab...

Dlm bilik doc tanyalah pasal keputihan. Saya ckp xde keputihan. How do I know? Ok try jgn pakai panty liner utk cek. Kat underwear tu xde putih2 ponn! Xde bau2 xde gatal2, xde basah2. Ok minimal ada la dah aku ni manusia kan... Tp thats all xde meleleh2 mcm di suspek. Tp tetap lah dapat ubat vaginal insert untuk kenyakit kulat kononya. Hmmm... amik je la.

Ok sample swab tadi saya hantar ke makmal. Situ tulis keputusan tarikh sekian sekian. Ehhh 1 bulan je? Ok doc pun bg tarikh appoinment lg 1 bulan utk view. Doc mentioned, kalau ada masalah kami akan call sebelum tarikh tu. Kalau xde masalah, kami takkan call sampai bila2. Haaaa gitu... Ok barulah rasa cuak datang.

Balik rumah whuaaaarrghhh bleeding!!! Pernahlah dgr org kata darah sikit je mcm spotting 1-2 titik. Atau xde apa jadi. Tapi ni 1 panty liner! Patutlahhhh sakit buat pap smear td. Done complain kat suami sakit tu...
Ok cerita pasal ubat vaginal insert tu saya dapat 1 tablet saja. Minta tolong suami la masukkan sbb mcm takut nak buat sendiri. Then tidurlah jgn menggatal layan suami hahaha kena baring terus tau biar ubat stay inside. Klu ada menggunakan kondom dlm masa 3 hari selepas ubat masuk, dikhuatiri blh bocor oleh kimia ubat tersebut. Ubat akan larut dlm faraj. Apa saya rasa days or weeks after? None. Sama je takde perubahan apa.

Vaginal applicator. Letak ubat tablet dlm ruang tu & masukkan alat ini dlm faraj. 


Fast forward 1 bulan. Tarikh appoinment.

Jumpa doc yg sama handle kes saya di KK. Dia cek2 dlm sistem ehh xde result. Dia sruh saya tunggu sorang2 dlm bilik. Adalah 5 min krikk krikkk situ. Tp kan... Ini 5 mins yg paling mencemaskan. Tktnya apa keputusan pap smear tu. Doc datang cakap blm ada result. Cehhhhh jantung nak terpocot td hahaha... Tp result keputihan tu dah ada. Ehhh rupanya dia ambil 2 sampel. Result? Nothing. Xde masalah, xde kulat atau apa2 🙄 (kannnn dlm hatiku jahat hahaha). Kemungkinan perubahan hormon hari tu je nampak mcm ada keputihan. Alhamdulillah. Tp baik juga doc yg cek kan... Boleh terus consult bab masalah sakit puan.

Doc masih tunggu keputusan dari makmal hospital. Dia akan update saya hari yg sama. Tp tak sampai 1 jam di rumah, ada call. Seram nak jawab sbb saya tau doc call. Ringkas je dia ckp "saya doc xxx, call regarding pap smear result xde masalah ye, k thanks ". Leganya dengar ayat tu. Syukur2! Segalanya dah ok. Nurse sruh repeat 1 thn lg. Doc sruh 2 thn sekali pula. Tp dah lalui saya rasa tak trauma pun walau nasib saya waktu proses tak sebaik org lain. 

Korang bila nak buat? Bagi yg sdh, tahniah! Jgn lupa repeat test ye. 

Sekarang ada ujian pap smear buat sendiri. Stick tu akan diberikan utk kita insert sendiri tanpa si itik tu! Tanpa org lain yg tgk private part kita! Yeyyyy.. Dah jgn berlengah lagi, no alasan! Tapi blm dikuat kuasakan seluruh KK dlm Malaysia lg. Doc tadi cakap paling dekat I can get it at Presinct 7, Putrajaya. Ohhh mak jauh juga.

MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERUBATI 🤑💰☠











Wednesday 1 August 2018

Pengalaman Bersalin di Hospital Selayang 2018

Cak! I'm back. Nak cerita tentang kelahiran ke-3 anak kami. Sebelum ni saya ada juga cerita pengalaman bersalin 2013 & 2016. Rajin-rajinlah view yer. Tengok, nak letak link pun punyalah malas! Hahaha...

Due date: 6 July 2018

Obviously kesemua anak-anak saya ni suka peram lama-lama dalam perut. Entah best sangat kot. So kita bawalah perut sarat ni sebab memang overdue pregnancy lagi laaaa... Alahai... Apa nasib badan. Saya memang terpaksa ikut temujanji klinik sampai appointment terakhir! Doktor released surat. Surat yang digeruni. Surat untuk serah diri ke hospital andai tak bersalin lagi akan induce pada 12 July 2018. Waktu ni setiap hari rasa stress, risau, takut tapi excited nak ada ahli keluarga baru. Sebenarnya menyedihkan je perasaan semua ni. Tambahan perasaan Tokophobia (fear of labor pain) makin membuak-buak. Saya bukan wanita yang lemah. Lasak adalah! Pengalaman sakit nak bersalin sebelum ni menghantui. Anak pertama sakit 12jam, dan kelahiran anak ke-2 walau 2-3jam sahaja tapi yang ini betul merentap nyawa saya. Rasa nak mati sakitnya. Ceh! Aku tau ke nak mati tu macam mana? Mmm....

K back to my story. Saya dah plan nak serah diri selepas lunch. Tunggu anak balik dari sekolah senang settle semua. Kita merancang, Allah SWT menentukan segalanya.

12 July 2018

2:00 AM
Tiba-tiba sakit perut. Rasa nak terberak tapi turun katil je dah hilang sakit tu. Almaklum sebelum ni perut meragam.

2:07 AM
Sakit tu datang kembali. Ingat nak terkentut je kot tapi tak keluar juga anginnya.

2:14 AM
Sakit lagi. Ahh malas nak layan. Pejam je mata. Tiba2 terdetik dalam hati "kalau next 7min sakit lg, sahlah sakit contraction".

2:21AM
SAH!!! Ok waktu ni memang takde mood nak tidur. Hati dupdapdupdap! Saya duduk je di bucu katil. Menanti minit. Layan kesakitan yang tak seberapa tu.

3:20 AM
Whatsapp family. Bagitahu tengah contraction. Then saya siap-siap pergi mandi. Solat dulu. Then saya nak tunggu sempatkan solat subuh tak lama lagi. Ialah sakit pun sikit je.

4:30 AM
TAK TAHAN!!! Suami pun bangun tolong papah jalan untuk turun tangga apartment. Nasib baik ayah saya ada dirumah. Leh tengokkan anak-anak sedang tidur. Waktu ni contraction saya sudah setiap 3 minit on the way ke hospital.

4:45 AM +/-
Disambut oleh cik security. Dia tolak saya naik ke atas. Sampai2 je nurse tanya "awak ada rasa nak teran tak?" Ofcourse belum lagi. So saya dibawa cek CTG dan VE "laaaaa baru 3cm jeeee" kata nurse tu. Hmmm ialah awak JEEEEEE ye? Ikut pengalaman biasa sejam disini sebelum masuk wad. Tapi awal2 tadi kat kaunter kena inform kalau nak wad tunggu 5pm. Astaghfirullahalazim... Tak nak lah duduk layan sakit. Apapun, saya memang tengah sakit menjadi2 waktu baring ni. Bila contraction menyerang mana badan boleh diam 100% kan. Pasti tergerak sikit. Nurse pun buat muka, diamlah badan awak! Adui... Waktu sakit membuak2 ni lah nurse minta saya tukar pakaian. Sedih tau tak dibantu. Bukan taknak minta tapi dah tak mampu bercakap dek sakit ni. Nak tukar pakaian ni pun seribu satu tenaga diperlukan. Waktu contraction off untuk beberapa saat, cepat2 salin. Baju saya? Campak je, ah lantak!

SEJAM KEMUDIAN
Ada perasaan nak teran. Panggillah nurse disebalik tabir tu. Eh boleh plak dia cakap "doc, cek lah patient tu".. mmm mcm kasar je bunyinya. Doc buat VE baru je 5-6cm terus saya TERRRTERAN dan dushhh ketuban pecah. Doc jerit je CLEAR.. haaa fully dialated rupanya. Memang terasa kepala baby terus haha. Pengalaman sekali lagi kena tolak katil terburu2 ke LR. Waktu ni nurse kepit kaki saya "jangan teran puan!".... Ko rasa boleh tahan ke nak teran bila ko nak teran tu kan? Hahaaa.. "Jangan teran nanti terkoyak! Jangan teran nanti suami tak dapat tengok momen keemasan ni" Punyalah dia pujuk tapi sorry lah, teran2 ni bukan kita main2. Ok sejujurnya waktu kepala baby di bukaan tu sakitnya sangat perit. Rasa nak meletup situ, pedih. Nurse cakap baby biru kalau kepala dia stuck situ lama2. Alhamdulillah suami sempat masuk LR waktu ni. Pushhhhhh dan lahirlah dia. Zuriat ke-3 kami @ 5:49AM. Lelaki lagi heeeee... Boboiboy kuasa 3! Jeng!

Sungguh ku tak sangka, kelahiran kali ini sungguh singkat! Sejam sahaja di hospital. Tanpa ubat tahan sakit, tanpa apa2 dicucuk, tanpa minum air apa2 ye. Kesakitan contraction pun bukan sakit 100% seperti sebelum ini. Tenaga saya rasa masih banyak spare. Syukur! Allah SWT permudahkan proses kelahiran. Kalau semua kelahiran macam ni, memang tak serik lah.

TAPI masalah lain pula muncul. Uri baby tak keluar! Dari seorang nurse, ke sorang, ke sorang lain... Dari doktor ke doktor. Berganti2 keluar masuk bilik tu untuk cuba keluarkan uri hampir 15 minit lamanya terkangkang situ. Malu? Nak buat macam mana. Lelaki perempuan ada situ. Pasrah je lah. Kaki pun nak kejung dah. Akhirnya dari gaya seorang doktor lelaki india ni, sangat professional. Kejap je dia handle dan berjaya mengeluarkan uri. Uri tak melekat cuma dok dalam sangat. Sekarang proses menjahit pula. Yeyyy saya tak suka! TAK SUKA! Nurse inform hanya perlu jahit kulit, dan sikit sahaja. Sekali dia cucuk tu ooowwwhhhhhhhh ko bayangkan jahit hidup2 tanpa bius. Lagipun kebas bersalin tu dah hilang sebab uri lama sangat nak keluar. Anu dikorek2 utk tarik uri. So bila saya mengerang sakit nurse tu boleh cakap "awak ni jenis perempuan yg tak tahan sakit ye, bukalah kaki awak" sambil ditolak kasar. Yes first time saya dilayan begitu. Nurse, sakit hati saya ni tau. Selepas apa yang saya lalui, sebaiknya cakap elok2. Saya baru bertarung nyawa, cubalah jangan berkasar secara fizikal. Saya faham nurse penat.. Penat kerja, penat melayan kerenah patient. Nurse penat buat dan cakap benda yang sama setiap hari. Tapi tahukah yang datang situ bukan patient yang sama setiap hari? Saya baru jejak LR tu kali ke-3 dan bersua muka dengan nurse buat pertama kali. Lainlah kalau nurse tengok saya tak tahan sakit setiap hari dan saya tak buka kaki setiap hari, boleh lah rasa geram dan marah. Apapun saya rela pejamkan mata tak nak pandang awak. Saya tetap berterima kasih kat awak tapi tak dibalas dengan senyuman.

Akibat wad penuh, saya ditempatkan di PAC. Bilik kecil kongsi 3 orang. Tak kisahlah yang penting dapat katil, boleh rehat. Serius tak kisah bilik rupa macam mana. Saya dah boleh rasa lega. Concentrate on baby. Dah petang baru ditolak ke wad. Anak2 datang, berjumpa adik mereka buat pertama kalinya. Kelakar pula tengok anak ke-2, mata terbeliak tak berkedip pandang baby. Muka terkejut hairan, diam kaku hahaha mungkin dia tak faham kemunculan insan kecil di hadapannya hahaha. The next day kami discharge dan pastilah ada VE sekali lagi. Hadap je lah! Doc gelak je bila saya tanya "no more VE ye?" dia balas "relax2 dah last ni, tak kacau lagi". Hahaha... Seriklah dah berapa kali kena jolok. Nurse dan doktor sini semuanya ok.

*****************************************************
*****************************************************

Day 4 admitted to NICU selepas cek ada jaundis, demam & eye discharge. Doc suspect ada infection. After further investigation, alhamdulillah takde apa. Cuma dehydrated dan bacaan buah pinggang pun tak elok. I need to keep breastfeeding. Payudara dah bengkak yang teramat sakit. Bila di pam dapat 2 oz. Supposed cukup untuk bayi seumurnya tapi dia tak kencing. Berat lahir 3.43kg dan weigh loss jadi 3kg. Walau ini hospital rakan bayi tapi atas keselamatan nyawa kesihatan baby, terpaksa saya bagi susu formula tambahan atas nasihat doc. Sedih sebab dia newborn. Saya tak buat begini kepada anak2 yang lain. Boleh dan cukup saya breastfeed mereka hingga 2 tahun.

Day 6 discharged. Tapi sambung cek darah setiap hari.

Day 21 bacaan level 109. Doc inform dah lah tak perlu cucuk dia lagi. Syukur!

Sepanjang 21 hari ni, kuning baby ada naik turunnya dan berat dia dropped to 3kg. hari ni bila cek dah 3.33kg lega sikit.

*Note: Normal for newborn to lose weigh < 10% and then gain 20 - 30 grams / day.

Atas kiraan ini, betul lah kenaikan berat badannya. Lagipun dia loss teruk. Hopefully by 1 month check up nanti dapat minimum 3.7kg or better 4kg, in shaa Allah.
Update: Yezzaa.. 13/8/18: Betul 3.7kg dan biasanya next akan naik 1kg/month.

*****************************************************
*****************************************************

Note to myself

Weight before labour: 64kg
1/8/2018: 57.5kg (day 21 start consuming NR)
13/8/2018: 57kg
17/12/2019: 54kg haha lama tak update asyik lupa sebab takde penimbang badan di rumah.
Target 50-51kg by 2020.
Tinggi: 168cm
Bidan urut KAK IDA (Sentul) RM500.00/3days : 0163881963 makin mahal pulak...

to be continued - updated from time to time

Saturday 30 September 2017

CIMB Overseas Withdrawal (ATM/Debit)

Siapa suka travel angkat tangan! Siapa takde kad kredit angkat tangan! Haha kamilah tu. Ya takde & tak berminat langsung. Sebab itu resepi berhutang. Kan kan?
Kalau ke luar negara kami bawa cash yang secukupnya dan untuk kecemasan kami tak lupa untuk aktifkan kad ATM/Debit untuk pengeluaran wang tunai di LUAR NEGARA. Begini caranya:

Log in ke CIMBClicks macam biasa. Isi ID password.

#1
click SETTING di atas sebelah kanan.

#2
click Card Services
#3
click situ...

#4
Pilih Overseas Spending & Withdrawal


#5
click Nombor kad tertera atau pilihan anda (kalau ada lebih dari satu)


#6
page ini akan tertera
isilah apa yang patut. pilih tarikh anda nak travel dan Submit.
Tadaaa... Dah siap! So in shaa Allah boleh cucuk kad kat ATM machine luar negara.




Sunday 14 May 2017

percutian Maldives - Apr 2017


Assalamualaikum.
Entry kali ini saya nak kongsikan tips dan pengalaman kami sekeluarga bercuti di Maldives. Ramai yang kata wahhh mahal, kaya, diva kau dapat kesana! Tapi sebenarnya tak semestinya jadi jutawan baru dapat merasainya. Mungkin apa yang anda baca atau terdengar sebelum ini dari orang kaya manalah tu war-warkan belanja RM14k, RM20k atau 50kkkk sangat. Sebelum pergi mesti study dulu sebab kami DIY bajet segalanya. Tak main 'tour guide' lah. Kami set RM3000 bagi segalanya untuk 2 dewasa, 1 anak kecil dan 1 bayi.
Actual expenditure kami? Haha.. Dalam RM2100 je selama 4D3N! Macam mana caranya? Jom baca.

FLIGHT TICKET

Berbulan-bulan sebelum pergi sila survey harga tiket. Air Asia selalu buat promosi harga murah. Waktu itu sila rampas tarikh dan harga yang berpatutan. Bagi kes kami bayar

• RM485 return dan kami add ons meals pergi balik berharga RM60 (RM10/pax) memandangkan penerbangan waktu makan malam.

Pre booked meals ada diskaun serta dihidangkan lebih awal dari orang lain. So be smart! Tapi murahnya tiket kami? Ok bab ni tak aci lah sebab kakak belanja harga seat, kami bayar tax tu sahaja. Maaf ya. Tapi tapi tapi... Cuba tengok harga sekarang ada RM1.2k bagi saiz family kami. Kalau waktu promo tak mustahil boleh dapat RM1k ke? Yang solo traveller dalam RM377.

DAY1

Penerbangan kami tiba pada 8 malam Maldives kalau tak silap. Pada tahun 2017 menggunakan nama baru VELANA International Airport (dalam pulau Hulhulé). Dah malam segala bot atau feri ke pulau -pulau dah tak buka. Kecuali ke bandar Malé. Anda boleh pilih untuk tidur di manmade island Hulhumalé menaiki bas atau ke Malé (pilihan kami). Keluar airport, tanya information counter mana nak beli tiket feri ke Malé berharga

• USD1 atau Rf8/pax.





Sistem feri mereka agak kecoh tapi boleh je hadap. Mengambil masa 7-10 minit sampailah ke Malé. Kami lambai terus teksi, bagi alamat homestay.

• Caj teksi Rf35. Kalau banyak luggage kira extra ye.

Homestay dekat tapi bandar ni huru hara, sempit dan kusut otak kami mulanya. Sampai waktu malam bersama anak-anak. Jalan kaki bukan pilihan utama kami. Homestay saya pilih dari website Airbnb berharga

• USD49 atau RM225/malam (paling murah dah ni).



Haha malu saya...

Konsep homestay ni memang ori. Tinggal bersama-sama tuan rumah. Bilik kami dapat sangat puas hati (1 katil queen + 1 tilam single) dan ada bilik air + free wifi. Bukan macam homestay Malaysia bulat-bulat dapat 1 rumah untuk kita. Disini dapat jimat, kami isi air mineral banyak-banyak bagi perjalanan esok.

DAY2

Kami awal pagi dah bangun almaklum waktu Malaysia awal 3 jam. Tuan rumah masih tidur. Kami bawa sarapan sendiri. Selesakan diri di ruang tamu mereka je. Dalam 8 pagi, Husssain tuan rumah pun bangun kami borak2. Pagi tu dia bawa suami saya ride ke ferry terminal untuk beli tiket. Kami nak checkout tengahari ni. No extra charge untuk ride. Best kan? Sementara tu saya borak2 bersama wife dan 2 orang anak mereka. Berbekalkan peta yang dia pinjamkan, pagi tu kami jalan2 redah kotaraya Malé. Nak info lah tempat ni tak sesuai bawa stroller baby. Kami dukung baby guna baby carrier je selama disana.


Artificial Beach - Malé
Jambatan atas lautan itu bakal menyambungkan pulau airport ke Malé.
Tak perlu susah2 naik feri lg.
National Museum of Maldives
Sultan Park
Official Resident of the President
Fish Market
Malé

Memorial terrorist attack

Tengahari kami makan di cafe ini. Makan kuih2 dan roti sahaja. Kalau nak cakaplah kan, makanan mereka ada influence dari India. So macam kedai mamak je.

• Rf63
• Rf60 x 2 untuk baby food di kedai runcit. Nestle je kot tapi huuuu mahal!




Tengah jalan2 tu ada owner kedai tegur dan borak2 dengan kami. Teruslah dia bawa ke kedai souvenir dia. 

• USD15 untuk saguhati fridge magnet dalam 5-6 pcs.

Dah puas jalan kami pun balik homestay. Oh ye kami sesat pusing2 sampai sakit tapak kaki. Nak naik teksi sayang duit sebab dekat je tapi tu lah bangunan bandar ni pening sungguh! Rehat dan mandi pastu checkout untuk ke Vilingili Ferry Terminal. Dari homestay kami tahan2 teksi penuh so kami naik pickup truck je hahahahahaha cool!

• Rf40 pickup truck to terminal.




Destinasi seterusnya Maafushi Island. Tiket (3pm) dah beli awal pagi tadi kan. Harga:

• Rf22/pax selama 1jam 30min.


Local Ferry
 Stops: Malé - Gulhi - Maafushi - Guraidhoo
Kami tinggal di Arora Inn. Ada yang kata lebih murah book terus melalui emel mereka reservations@arorainn.com untuk nego harga. Jangan risau staff mereka sangat2 lah ramah & helpful giler! Apa yang customers nak dia terus serve sebaik mungkin.

•  Triple bedroom USD117 untuk 2 malam dari Agoda.com, termasuk sarapan. Harga ini sudah dikira 12% hotel tax, 10% Service charge. Tapi Green tax USD6/pax/night mereka ambil secara cash disana nanti. Kami cuma dicaj USD18 je 😝 Gila kan tax mereka!?

Arora Inn

Cuba register account di Shopback untuk dapat cashback. Bukan untuk book hotel sahaja malah untuk online shopping lain2 pun dapat cash. Kira extra discount lah kan. Jimat2..

Nak review pasal Arora Inn.

(+)ve
Murah banding tempat2 lain.
Small inn. Cuma ada 5 bilik sahaja (kami dapat room 104). So staff layan korang je sebaik mungkin.

Saiz bilik besar.
Wifi laju jerr.

Kalau bawa maggi sendiri, minta staff tu masakkan hehehe
Cuma 5-10mins walk to bikini beach.

Malam liveband tak bising sebab hotel ni bukan depan bikini beach.

(-)ve
Lampu bilik malap. Agak gelap. Bilik 105 nampak terang.
Lokasi bukan depan bikini beach so kena jalan arrr...
Shower amenities tidak disediakan macam yg diiklankan.
Breakfast takde pilihan sangat.
Korang tak dapat rasa glamour laa sebab bukan 5 star hotel/resort hahahahaha!!!


Waktu malam kami masak sendiri. Jeng jeng jeng... Hahaha ini persiapan2 kami untuk berjimat cermat. Kalau nak makan sana sangat senang cuma USD10/meal tu agak susah nak keluar dari poket.


Prepacked beras, susu2 anak & my choc drink

Jangan lupa pinggan, minyak masak, sabun & sponge yee..

Ada baby wajiblah bawa semua ini

Day3

Sarapan disediakan. Choice dia tak banyak tapi boleh kenyang. Tiap hari sama je so agak bosan. Kami siap sedia 930am untuk aktiviti yahuuuu! Untuk ni kami deal malam tadi sebelum tidur.

• USD25/pax include lunch (sandwich + coke)
Snorkeling 2 points, dolphin cruise & sand bank.

Halfday trip.


Subhanallah! Sangat2 indah.. Rasa nak telan air ni hahaha
My son tooooo excited tengok air cristal clear




Dolphin Cruise
Entah berpuluh atau ratus ekor dolphin lompat depan kami. Excited!

Swim with turtles
Sand Banks
With another group from Malaysia
Sand Banks
(Korang  perlu request canopy/payung tau! Kami tak tahu perlu minta sebab diorang tak tanya)
Thats me covering my baby + me pening2 lalat

Balik hotel je sudah petang. Kami tak rehat. Terus siap sedia untuk jalan2 dalam pulau Maafushi ini. Pusing keliling lah kirakan. Pulau ni kecik je no prob. Public beach tak ramai orang. Pemandangan biasa. Bikini beach cantik sangat. Kami stay situ sambil anak2 main pantai sampai sunset. Malam ingatkan nak candlelight dinner. Macam romantik je ditepi pantai tu tapi anak2 kepenatan tidur awal. Taknak ganggu takut tak sihat nanti kekurangan tidur. So dinner masak lagi dalam bilik. Sepanjang stay dalam pulau ni kami spend

•  Rf8 x 4 mineral bottles.


Katanya... One and only prison in Maldives?
Candlelight Dinner



Day4

Selepas sarapan kami jalan lagi ke bikini beach. Lepak2 bergambar2 lagi sebelum checkout. Sepatutnya kami nak berjimat naik local ferry ke Male (7am) tapi rasa terlampau awal sangat nanti tak tau nak buat apa. Terburu2 pula dan yang paling penting saya tak tahan naik feri lagi. Sakit punggung oooooooooo... Waktu lain takde, itu sahaja. So semalam kami dah deal dengan receptionist Shaha, dia dapatkan shared speedboat direct ke Hulhulé (airport) tengahari tu.

• USD20 x 2 adults & USD15 child.
30mins ride.

Mereka jemput dan hantar guests di jeti ini
Shared speedboat Maafushi - Airport
Kalau tak nak share, sediakan dalam USD200/boat

Setibanya di airport, kami menggunakan luggage storage service berharga
• USD6/luggage


Surau disediakan tapi aneh takde tempat berwudhuk. Mothers' room sangat selesa, berhawa dingin untuk menyusu anak, salin2 pakaian ke, (saya mandikan anak hehehe). Disebabkan masih awal, memang plan kami nak tengok pulau Hulhumalé. Naik bas berharga

• Rf20/pax/way



Naik bas ini dari Airport ke Hulhumalé

Sekejap sahaja sudah sampai manmade island ni. Terus kami cari cafe untuk lunch kuih, nasi goreng & mee goreng + juice berharga

• Rf110 (big portion)



Hulhumalé





Sebelum ini pernah dengar bahawa pulau ni macam ghost town. Hahahaha memang pun! Tak ada apa pun sedih sangat. Pemandangan pun biasa je tiada yang menarik perhatian kami. Banyak blok2 apartment. Agak sunyi walau ramai juga pengguna jalan raya kecik tu. Kami hang out je di pantai untuk buang masa. Apa yang "best", anak sulung tu entah macam mana jatuh dalam air pantai huwaaaaaa basahlah pakaian nak naik flight. Nasib ada 1 lg pakaian spare cukup2 untuk balik sampai Malaysia. Flight kami 8pm-12am waktu Maldives, iaitu 12am-4am waktu Malaysia. Sampai je KLIA2, first time kami guna Uber untuk balik rumah. Alhamdulillah semuanya pengalaman yang sangat menyeronokkan!



Saya nak pujuklah kan, ibu bapa yang masih ragu-ragu nak travel bawa anak, saya sangat faham perasaan itu. Tapi telankan saja! Go ahead. Kadang2 adalah juga "bunyi2 lalat" yg menghasut mengatakan bawa anak travel menyusahkan, penat, budak tak faham apa2 lg, bla bla bla... IGNORE them! Saya start travel semasa umur 2 bulan. So secara tak langsung saya buat benda yg sama kepada anak2 saya. Diorang umur 3 bulan dah fly keluar negara. Sekarang naik kapal terbang elok je duduk diam. Mereka tak faham, ye mereka rasa penat, mereka tak ingat tapi budak2 LIVE IN THE MOMENT. Tak fikir past & future. Travel tak kisahlah dalam atau luar negara mengeratkan hubungan keluarga. Buka minda, belajar dan tengok tempat orang untuk kita faham dan menghormati mereka. Lagipula budak2 waktu kecil ni lah tiket2 murah, makan sikit, boleh share tilam, tak ganggu sesi sekolah. Kan jimat banyak tu! Risau sakit? Siap sediakan ubat dan thermometer untuk kita pantau. Berserah kepada Allah swt agar dipermudahkan segalanya :)

***NOTE
● currency exchange usd1=rm4.43
● currency exchange usd1=rf15
• Elakkan island transfer/perjalanan pd hari Jumaat kerana ferry service tutup.
●tak perlu tour guide sbb mahal. Travel diy je mcm kami walau tersesat itu pengalaman
● prebook hotel. Yg lain plan & bayar cash di sana sahaja.
●activate atm card/debit card utk international withdrawal untuk kegunaan kecemasan sebelum fly HERE
● tukar duit siap2 sebelum fly sebab mereka tak terima RM. Hanya usd & local Rufiyaa.
• Nak jejak kaki (day trip) ke resort mewah2 approx usd60-130 + speedboat transfer charge 😱

Ada soalan berkaitan nak tanya? In shaa Allah saya boleh jawab.

Wednesday 1 March 2017

Wash Drum Cleaner

Selama ni cerita ni dah berkali2 lalu di newsfeed FB. Dah viral pun cuma tak ambil kisah sgt. Well why not kali ni give it a try. Betul ke menjadi?

Wash Drum Cleaner (sabun cuci mesin basuh anda)

Mesin basuh kami beli sekitar Mac 2012. Hehe ingatlah sebab bulan depannya kami nikah. Kira kira hampir 5 tahun tak servis. Alhamdulillah tiada apa2 masalah.

Beli sabun di Cosway (member price) RM10.90 ada 2 sachets dalam kotak ni. Sekali guna 1 sachet sahaja. Advisible cuci mesin basuh sebulan sekali katanya.



After 9 hours soak. Cloudy sebab masih ada sabun. Sudah mula kelihatan kotoran terapung2:



Ini wash round-2. Lebih jelas kotoran keluar dari tub mesin:



Dan taraaaaa. EEEEEEEEEEEEE!! ok! Ini segala yang terperangkap pada jaring mesin. Sebelum start cucian saya dah clearkan net. Uishhh geram pulak tengok. Boleh bayangkan mesin basuh yg 7-10-15 tahun. Share dengan suami isteri anak beranak moyang sedara semua hahaha macamana pula tu? Mesin saya ni cuma guna 4 org punya pakaian je. Oh maiii... Terus saya suruh mama & mertua cuci jugak!



Dengar kata selain guna sabun ni boleh juga guna cuka. Lebih murah. Dan ada juga guna hot water. Yeah masuk akal. Cuma risau mesin rosak je. Selain itu dalam youtube ada sorang mat salleh ni pergi buka mesin! Lagi puas hati!

Youtube: How to Fix a Stinky Clothes Washer Machine
Kalau rajin, tgk video2 yang lain. Rasa geli dengan mesin basuh hahaaa...


*Self note/reminder:
Saya pernah ambil servis cuci tilam dari EH MR CUCI
Kenapa perlu cuci tilam??? Kotor sgt ke? Tilam saya bersih je... Haaaaaa itu yg selalu kita fikir. Tapi tahukah anda cadar tilam perlu ditukar SETIAP HARI kerana waktu tidur manusia mengeluarkan peluh tanpa kita rasa & sedari. Iye... Dlm bilik berhawa dingin pun ada peluh. Yang banyak... So kalau cadar perlu tukar tiap hari, agak2nya tilam perlu tukar tiap berapa kali? Hahaha tak mampu oiii. Sekali sekala servis jugalah tilam kesayangan kita tu kan... Berapa? Kalau tak silap saya RM40-50 kottt? Alamak dah lupa...
Sangat puas hati. 1 jam servis dah boleh nampak before & after... Pastu tidur nyenyak zzzzzzzz....